Monday, December 28, 2009

Lady j, the witch 9

Posted by Snow_Queen at 4:14 PM
Dan yang sedang mengelap rambut hairan apabila melihat Art gelisah tidak tentu pasal..


“ko ni nape?” tegur Dan kepada rakan kelas dan kini menjadi rakan biliknya setelah King pindah dari bilik ni beberapa minggu lepas..

“xde pape..”

“kalo xde pape kenapa muka kau pucat semacam?”

“pucat? Erm tak cukup tidur agaknye..”

Dan mengambil beberapa buku latihan dan sebelum melangkah keluar ke perpustakaan dia menyuruh Art baring.

Setelah Dan keluar Art merasakan sesuatu mengalir di celah bibirnya..apabila di kesat cecair merah kelihatan di tapak tanganya.. Art mendengus marah..jampi yang dikenakan Lady J padanya menyebabkan dia rasa tercabar.. dia mesti mengajar perempuan itu..baru dia tahu anak Master Black bukan sebarangan orang..dan dia akan melaksanakan misinya itu malam ini pada masa yang sesuai.. J kau akan mati pada malam ni hahahahaha desis hati Art tersenyum sinis..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aku mengeliat setelah terjaga dari tidur..aiseh boleh pula tertidur atas meja study.. dikerling jam yang tergantung di dinding yang menunjukkan pukul 2 pagi..hari ni semua kelas dibatalkan..sebab tak tau nak buat apa aku pun buat la kerja rumah..sewaktu sedang menyusun buku potion keatas rak buku aku seolah-olah terdengar suara budak kecil menyanyi.. dibuka pintu bilik dan aku mendengar betul-betul nyanyian tersebut..

Come..come play with me..

Catch me if u can hihihihi..

Come..come play with me

Or I’ll kill u if u fail..

nananana hihihihi

Aish budak mana pulak menyanyi ni.. meremang bulu roma.. aku mengambil keputusan untuk menyiasat dari mana arah suara budak itu datang..

Asrama sudah jauh di tinggalkan dan kini dia memasuki kawasan Akademi..sesudah sampai di taman Akademi suara nyanyian budak terus hilang di gantikan dengan deruan angin yang sangat kuat.. dilihat langit yang disinari oleh cahaya bulan yang malu-malu berselindung di celah-celah awan.. rantai di leher digenggam kejap untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan bahaya yang bakal terjadi.. aku pusing ke kiri apabila seolah-olah melihat ada bayangan yang lalu tetapi sebaik sahaja berpaling tiada sebarang bayang melainkan air terjun buatan yang terus setia mengalirkan air untuk kegunaan seluruh warga Akademi..

Setelah beberapa minit menunggu dan tiada apa-apa yang berlaku menyebabkan aku mengambil keputusan untuk kembali ke asrama.. baru beberapa langkah berjalan

Lady J…hihihi

Walk and run if u wants

But I’ll still hunt u

nananana

Come and just play with me

‘Coz u already follow me hihihihi

Please don’t go away my toy

Or I’ll kill u nananana

Nyanyian budak kecil itu kedengaran semula..aik macam mana dia tahu nama aku.. aku terus mengikuti nyanyian budak kecil itu yang akhirnya membawa aku jauh kedalam dream dew.. dan nyanyian itu hilang sekali lagi.. dia berasa aura kejahatan di sekeliling dia.. tiba-tiba ada bebola api menuju ke arah aku menyebabkan aku terduduk di atas tanah untuk mengelak.. aku pantas bangun setelah merasakan orang yang menyerang aku tadi bukan sebarangan orang.. lensa mata bertukar kepada merah dan corak api dikedua belah matanya dan lengan kiri mula kelihatan..

“aku akan bunuh kau harini..” suara misteri milik seorang lelaki kedengaran

“ aku tak buat salah dengan kau” kataku

“ kau dah bunuh adik aku”

“aku tak kenal adik kau” serentak itu serangan Hitch moon ditujukan kearah J.. Hitch moon boleh menyebabkan seseorang lumpuh seumur hidup kerana kerosakan organ dalaman yang sangat serius…

“protection blaze” jeritku..

Aku melihat dinding protection itu retak menyebabkan jampi itu terus hilang.. hati-hati dia mengingatkan diri sendiri..

“kalau nak berlawan tunjukkan diri kau..bukan main serang hendap begini..” jeritku

Aku menutup mata dan mendengar bunyi sekeliling dengan teliti untuk mengesan sebarang pergerakan.. “ruert” bisikku perlahan dan apabila mata dibuka aku sudah berada di hadapan sepohon pokok.. aku tersenyum sinis setelah melihat lelaki misteri yang cuba menyerang hendap aku tadi terduduk di atas tanah dengan sebelah lututnya menyentuh tanah..

“firestwit” dan seluruh tempat pertarungan kami di sinari dengan cahaya beberapa bebola api berwarna biru. Aku melihat lelaki tadi berdiri secara perlahan-lahan.. lelaki misteri itu memakai mantel berwarna hitam seperti lawanku yang terdahulu.. lelaki itu ketawa sebelum menepuk tangan beberapa kali.

“aku tak heran adik aku boleh mati di tangan kau.. kau hebat.. tetapi kasihan kau pula yang akan mati di tangan aku..”

Ish geram pulak aku bila dari tadi dia dok sebut aku bunuh adik dia..

“aku tak kenal adik kau..”

“lelaki yang kau pernah bunuh dalam hutan ni..lelaki yang memakai mantel seperti aku..dia adalah adik aku..” panjang lebar lelaki itu membebel

“owhh.. yang tu adik ko ke.. dia yang cari pasal aku hanya mempertahankan kawan aku..

“gorty” jerit lelaki itu dan aku membuat backflip dan melompat keatas pokok yang berada di belakang aku.. serangan itu menyebabkan sepohon pokok yang tidak jauh dari situ bertukar menjadi abu..

Peluh dingin memercik sekitar dahi aku.. perlawanan ni adalah antara hidup dan mati.. nak keluarkan phoenix plak bahaye..jadi dia perlu bijak merangka stategi..

“froceze dan hole blaze” aku melancarkan 2 jampi sekaligus dan tepat mengenai lelaki itu..

Lelaki misteri itu terhenyak kuat di dahan pokok.. kuat juga lelaki tu..kalau musuh lain dah lama k.o desis hatiku..

Art tahu peluang dia nak menang adalah tipis ditambah dengan serangan Lady J ini.. nak melarikan diri bukan gaya dia.. dengan nafas yang tersekat-sekat dia bangun.. by hook or by crook dia mesti buat apa sahaja untuk bunuh gadis tu.. tiba-tiba

“J.. kau buat apa kat sini?” kedatangan Mika secara tiba-tiba mengejutkan J dan sekaligus memberi peluang kepada Art untuk melarikan diri walaupun itu bukan gayanya.. dalam sekelip mata Art berdiri dibelakang Mika dan mengunci pergerakan Mika..

“kau jangan apa-apakan kawan aku..lepaskan dia..” jeritku

“aku tak bodoh..nak kawan kau cari lah aku..carilah Master Black..” dan dalam sekelip mata kedua-dua mereka hilang dicelah kegelapan malam sebelum J sempat berbuat apa-apa….

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review