Saturday, December 26, 2009

Lady J, the witch 8

Posted by Snow_Queen at 1:37 AM
Aku mula membuka mata secara perlahan apabila silauan cahaya matahari menggangu tidurku.. bila aku lihat katil sebelah Mika sedang tidur dengan nyenyak..setelah selesai mandi aku turun ke dewan makan untuk memenuhkan perut yang sedang memainkan lagu hard rock metal setelah semalaman tidak makan… dilihat Puan Ros sedang menyapu lantai…


“selamat tengah hari puan” sapaku

“owhh selamat tengah hari J..buat apa kat sini? Waktu makan malam lama lagi”

“saya lapar la Puan..boleh tak buat apa-apa untuk saya..mee segera pun xpe” aku buat muka kesian

“dan tolong buatkan untuk saya sekali..terima kasih..”

Aku berpaling ke belakang mencari suara tadi.. dilihat Art sedang membaca baca buku.

Puan ros beredar.. aku memilih untuk duduk di meja yang berdekatan dengan kaunter..senang nak amik makanan nanti..

“awak J bukan?” Art menyapa ku

“eh bukan la kau silap orang ni..” sinisku berkata

“saya tau awk J..awak ni sombong jugak ye..”

“da tau lagi mau tanya ka?”

Kulihat art tersenyum memandangku “awak jangan la garang sangat dengan boyfriend kawan baik awak ni..”

“maksud kau..kau dan Mika..”

“yup kitaorang couple..”

Tanpa disedari aku mendengus kuat..tak sedap hati pun ada..Mika baru kenal Art ni beberapa hari..dah couple.. baru je nak bukak mulut puan ros sampai dengan makanan yang kami pesan..

Ishhh mamat ni makan jelah yang duk tenung-tenung aku ni kenapa.. sebab rase tak selesa dengan renungan art “ruert” dan kedudukanku berubah ke meja yang berhampiran dengan pintu keluar..

Aku meneruskan suapan seolah-olah tiada apa yang berlaku..

xxxxxxxxxxxxx

Sewaktu melangkah menghala ke arah perpustakaan tanganku direntap kasar oleh seseorang menyebabkan badanku terhentak di dinding..Art meletakkan kedua-dua belah tangannya di dinding menyebabkan aku terperangkap..

“woit giler ke? Sakit tahu x?” aku berang dengan tindakan art tadi

“aku suka perempuan yang mencabar..”

Baru je aku nak menampar art..

“J”

Aku melihat Mika berdiri tidak jauh dari kami..oh tuhan minta-minta Mika tak salah faham

“Mika dengar apa aku nak cakap..”

“aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni..dia boyfriend aku tahu tak..” Mika dah menengking

“tak Mika..”

Mika berlari meninggalkan kami berdua..aku memandang art yang membuat muka tak bersalah

“Light” dan serentak itu art terhentak di dinding..rasakan kerana membuli aku..

Aku mencari Mika diseluruh kawasan Akademi tetapi tidak jumpa..aisehh mana la minah ni pergi desis hatiku..

Tanpa disedari kakiku melangkah ke arah dream dew dan bila tiba old dew pokok tempat kami selalu melepak aku mendengar esakan seseorang

“Mika..” aku cuba nak pegang bahu dia tetapi di tepis

“pergi..aku tak nak tengok muka kau perampas..”

“Mika aku tak de niat pun nak merampas pak we kau..percayalah..”

“ah!! Sudalah..pergi!!!” tanpa disangka Mika menampar pipiku

Perit tamparan terasa tetapi tahap kesabaran aku dah sampai meter tertinggi dah ni..

Aku bertambah geram bila melihat Mika menutup kedua-dua telinganya.. aku menuju ke arah dia dan menarik dia supaya berdiri..



“ok fine kalau ko nak marah, marah la aku tak kisah..tapi aku kecewa sebab kau tak percayakan aku..kita dah lama berkawan dan sebab laki tak guna tu ko nak marah aku..”

“froceze” jampi ku supaya kedua-dua belah tangan Mika turun dan kaku..

“woii ko pehal nak jampi-jampi ni..”

Owh nampaknye aku kena bekukan mulut dia juga..setelah dijampi mulut Mika supaya tutup aku menarik nafas panjang dan menghembuskannya dengan perlahan..

Dilihat air mata Mika berlinangan..aku tak pernah terfikir untuk mengenakan jampi terhadap kawan baik sendiri..

“kau dengar sini baik-baik..aku dah de orang kesayangan tak de makna aku nak rampas pak we ko tu..dan aku mengangku aku benci pak we ko tu..” luahku geram

Mata Mika menunjukkan seolah-olah dia tak percaya dengan kenyataanku.. aku memegang rantai pemberian Max dan menyeru namanya..walaupun aku anggap kata-kata Max adalah gurauan aku tetap nak cuba..dia kata kalau aku rindu aku boleh memegang rantai pemberianya dan menyeru namanya dia akan muncul entah kenapa aku berharap kata-katanya adalah betul terutama di saat-saat genting ni..

Sunyi sepi menunjukkan tiada sebarang perubahan..aku menjadi kecewa sendiri..mungkin max hanya bergurau haritu..

“yrut” dan Mika menjadi sediakala..aku lihat dia terduduk di atas tanah mungkin letih kerana badanya kaku..aku rasa nak menangis..

“mana pak we kau? Aku dah tau ko memang penipu..kalau ko nak sangat art tu amik la..ada aku heran?” Mika meluahkan kata-katanya setelah sekian lama mendiamkan diri….

Angin berhembus perlahan-lahan dan suasana sekeliling menjadi sunyi..

“kenapa awak panggil saya?”

Aku mendongak ke atas dan melihat Max tersenyum ke arah ku.. entah kenapa air mata laju mengalir..

Mika yang melihat seorang lelaki tiba-tiba muncul terkesima..siapa dia ni desis hati Mika

“Mika..aku tak tipu ko..ni Max pak we aku..kitaorang dah lama bercinta..sekarang terpulang pada kau nak percaya atau tidak..” kataku lirih..

“hai..saya Max..J selalu ceritakan pasal awak kat saya..” Max menghulurkan tangannya ke arah Mika untuk membantu dia berdiri..

Mika menghampiriku dan memelukku serta meluahkan rasa kesal kerana tidak mempercayaiku..kami berpelukkan dan menangis..

“aku minta maaf” ulangnya berkali-kali..

Max hanya memerhatikan kami pergi selepas aku meminta diri untuk pulang ke asrama kerana kelas sudah hendak bermula…

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review