Friday, December 18, 2009

Lady J, the witch 7

Posted by Snow_Queen at 3:24 PM
Perlahan-lahan aku bangun apabila mendapati Mika telah tidur dengan nyenyak siap berdengkur lagi..kesian..penat agaknya menguruskan gerai di festival..dan nasib baik festival musim panas sudah berakhir yang juga menandakan musim luruh akan bermula.. aku menyelinap keluar dari bilik dan menuju ke perpustakaan dengan berhati-hati.. apabila sampai di hadapan pintu perpustakaan aku mendapati pintu masuk telah dikunci dengan jampi.. aku meletakkan tangan kanan di atas sebuah ukiran berbentuk burung phoenix untuk merungkaikan jampi…
“stonemere” sebutku..jampi ini berupaya membawa ke tempat yang ingin di tujui dengan lebih pantas..dan sekarang aku sudah berada di hadapan pintu bilik bahan bacaan larangan & ilmu hitam..aku memejamkan mata dan.. “pureue”.. apabila aku membuka mata aku sudah berada dalam bilik itu..rasa lega bertandang apabila aku berjaya masuk ke bilik ini dengan jampi itu. Dengar cerita pintu bilik ni di kawal dengan jampi yang merbahaya. Jika gagal merungkaikan jampi pintu bilik ini akan membawa padah kepada si pencuba kerana dia akan terkena racun yang tiada penawar.. aku melihat sekeliling.. walaupun pintu bilik ini tidak pernah di buka selama ratusan tahun tapi keadaan dalam bilik itu tetap kemas dan tidak berhabuk..
Dengan pantas aku ke rak bahan bacaan The Most Powerful & Cruel Witches untuk mencari sejarah keluarga aku.. nenek pernah berpesan jika nak tahu pasal ahli keluarga aku di Akademi ni ada jawapanya dalam bilik tersembunyi dan misteri.. tiada tempat yang misteri dan tersembunyi melainkan bilik ini..
Tiba-tiba matanya tertarik dengan sebuah buku bertajuk “Lady Rika, The Legend Witch”
Nama mama desis hatinya.. dan aku duduk diatas lantai untuk membaca isi kandungan tersebut.. dia sangat sedih apabila mengetahui asal usul keluarganya.. dia terkejut dengan apa yang di ketahuinya.. ini menambahkan lagi rasa bencinya kepada Master Black.. bila di selak muka surat seterusnya dia tertarik apabila buku itu menyatakan keluarga kami mempunyai sebilah pedang pusaka yang telah lama hilang serentak dengan kematian ahli keluarga aku.. pedang itu diberi nama phoenix mempunyai kuasa yang tidak mampu di fikir oleh akal manusia.. dan memiliki pedang itu adalah impian setiap ahli sihir untuk berkuasa.. sebab itulah keluarganya di geruni oleh kebanyakan ahli sihir kerana memiliki pedang itu.. tapi nampaknya Master Black langsung tak takut.. aku mesti mencari pedang itu.. tapi di mana??.. cuba cari di rumah desis hatinya tiba-tiba.. betul tu.. hari sabtu ni dia akan balik ke rumah untuk mencari pedang itu.. aku meletakkan semula buku itu di tempatnya dan beredar sebelum ada sesiapa yang datang….

Di kelas….
Dengan wajah tidak bersalah dia duduk sebelah Mika yang kelihatan tidak terurus itu..
“kau pergi mana hah? Kenapa tak kejut aku?” Mika melampiaskan amarahnya kepada J..
E’eh minah ni tiba-tiba angin kenapa.
“kan aku dah kunci jam untuk kau.. kalau kau tak bangun nasiblah..” sabar J dia penat tu.. emosi tak beberapa stabil
Mika mendengus kuat dan melemparkan buku di atas mejanya.. guru kelas kami masuk dengan seorang budak lelaki.. budak lelaki haritu desis hati J..
Selepas sesi perkenalan budak tu duduk depan Mika.. aku lihat Mika tidak berkelip memandang Arthur a.k.a Art budak lelaki baru tu.. dibiarkan Mika melayan perasaan seorang diri..
Selepas habis kelas aku terus beredar tanpa mempedulikan Mika.. Mika yang melihat J keluar tanpa menunggu dia, dia berasa bersalah kerana memarahi kawannya tadi.. mungkin dia terasa desis hati Mika…

Aku tidak terus balik bilik sebaliknya pergi ke bilik puan pengetua.. dia ada sesuatu yang mustahak yang mesti dibincangkan bersama perempuan itu.. diketuk pintu bilik sebelum terdengar arahan menyuruh dia masuk..
Puan Sun terkejut dengan kedatangan anak kawan baiknya itu..
“sila duduk… kenapa awak nak jumpa saya?” dia tersenyum manis
“ermm.. puan mula-mula saya nak minta maaf kerana biadap terhadap puan haritu..”
“tak mengapa saya tak ambil hati..”
“saya nak minta izin dan pertolongan puan”
“apa dia J.. kalau saya boleh tolong saya akan usahakan tapi kalau tidak minta maaf..”
J tersenyum manis..
“kalau…kalau boleh saya nak ambil peperiksaan akhir tahun dalam minggu ni..boleh tak? Dan kalau boleh bermula esok..”
Puan Sun terkejut dengan permintaan J.. dia berasakan ada sesuatu yang dirancang oleh buah hati anaknya itu… dia tidak berasa beban dengan permintaan itu kerana kertas peperiksaan akhir tahu selalunya memang akan di sediakan lebih awal..
“saya bukan tak nak bagi.. tapi 9 subjek awak nak periksa sekaligus.. tak beban ke??.. lagipun ada topic yang awak tak belajar lagi kan..”
“tak puan..”
“kenapa awak nak ambil periksa lebih awal?? Awak ada rancang sesuatu?”
J hanya tersenyum manis ke arah puan pengetua tanpa memberikan apa-apa jawapan
“baiklah saya izinkan.. sekejap lagi saya akan suruh guru-guru yang bertanggungjawab menyediakan apa-apa yang patut.. awak akan ambil periksa di dewan exam esok bermula pukul 6 petang.. ok?”
“ baiklah..terima kasih puan.. saya balik dulu..”
Bila J bangun puan Sun mendekati dan memeluk J secara tiba-tiba.. entah kenapa dia berasa sebak apabila memeluk J..
J yang terkejut apabila di peluk secara tiba-tiba hanya kaku..

Selama 4 hari Mika terasa hati dengan sikap J yang seolah-olah menjauhkan diri daripadanya.. dilihat J selalu mengulangkaji dan selama 4 hari juga J tak masuk kelas.. apabila kawan-kawan bertanya mengenai ketidakhadiran J dia hanya mampu mengangkat bahu.. Mika juga berasa pelik kerana guru yang masuk tidak membebel apabila J tidak datang.. selalunya bila ada student yang tak datang jenuh telinga nak menadah bebelan daripada mereka..
Selama 4 hari J berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulangkaji setiap subjek dengan bantuan Max.. bukan dia tak nak menegur Mika tapi dia merasakan masa terlalu suntuk hinggakan tiada masa untuk berbual-bual.. lagipun di lihat gadis itu juga seolah-olah menjauhkan diri apatah lagi di lihat Mika rapat dengan Art kebelakangan ini.. entah kenapa dia tak suka budak Art tu..
Dan hari ini apabila examnya telah tamat dia menarik nafas lega.. lega kerana satu beban sudah hilang.. boleh la dia menumpukan perhatian terhadap rancangannya yang tertangguh itu…
Mika melihat J sibuk mengemas barang.. dilihat J kelihatan gelisah seolah-olah mempunyai masalah yang berat..
“kau nak pergi mana?” Mika bertanya
“nak balik rumah..”
“J.. kau marahkan aku lagi ke?”
“ko merepek ape ni? Aku ingat ko yang marahkan aku sebab tu ko jauhkan diri daripada aku..”
“eh aku ingat ko marahkan aku sebab tu ko xmo ckp dgn aku..”
Kami saling berpandangan dan ketawa.. Mika menghampiri dan memelukku.. kemudian dia duduk di hujung katil sambil memerhatikanku mengemas..
“nape ko nak balik?”
“aku nak ambil barang yang tertinggal.. ko nak ikut aku balik?” aku mempelawa Mika
“xpelah.. aku ada temujanji..” kata Mika malu-malu
“temujanji? Dengan Art?”
Mika hanya mengganguk..
“ok la aku dah mengantuk ni esok aku kena bertolak awal.. good luck tuk date ko..”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
setelah sampai di rumah aku membuka pintu bilik dan meletakkan baju di atas katil.. tingkap dibuka untuk melancarkan aliran udara.. setelah baju ditukar aku mengemas rumah dan menyapu habuk di mana yang patut.. setelah selesai mengemas aku melangkah ke bilik tidur ibu bapaku.. aku baring di atas katil dan tanpa disedari terlelap…

aku terjaga apabila terdengar bunyi kaca pecah.. peluh di dahi dilap dan aku segera bangkit untuk mencari bunyi itu.. dilihat seluruh rumahnya tetapi tiada barang yang pecah.. ah mungkin perasaan ku sahaja.. lampu seluruh rumah di buka kerana aku benci duduk dalam kegelapan.. seram juga kerana tinggal sendirian tetapi dia harus berani.. alangkah bagusnya kalau si dia ikut bersama mungkin aku tidak akan takut..
herm nak mula dari mana nak cari pedang tu desis hatiku.. tanpa membuang masa dia mula mencari seluruh rumah tetapi memang tiada petunjuk langsung tentang pedang tu.. perutnya tiba-tiba berbunyi.. dilangkah ke dapur untuk melihat jika ada makanan yang tertinggal.. dia mengetuk kepalanya sendiri.. lupa pula mana ada benda nak makan.. lagipun dia baru tiba di rumah.. aku pusing ke belakang dan terkejut apabila Max bersandar di dinding dan tersenyum kepadaku.. di tangannya kelihatan plastic makanan..
kami duduk makan bersama-sama di ruang makan..
“macam mana awak boleh tahu saya berada di sini?” tanyaku
“ermmm rahsia hehe”
“eleh..” aku mencebik
“kenapa tiba-tiba balik rumah?”
“nak cari benda..”
“apa benda?”
“rahsia hehehe”
“eleh.” Giliran Max mencebik…
Aku tersenyum bahagia.. aku menyuruh Max tidur di bilikku manakala aku akan tidur di bilik ibu bapaku..
Aku tidak dapat melelapkan mata dan hanya mampu berguling-guling di atas katil.. nak kacau Max mungkin dia dah tidur..
Aku melangkah ke arah rak untuk melihat buku-buku yang berada di situ.. semasa sedang meneliti tajuk buku yang menarik terdapat satu buku kulit berwarna merah menyala menarik perhatianku.. bila saja aku tarik buku tersebut rak buku beralih sediki demi sedikit dari tempat asalnya..
Tanpa membuang masa aku masuk ke dalam bilik rahsia yang baru kali pertama di lihat itu..
“fire” dan seluruh bilik mula terang dengan nyalaan bebola api yang menerangi setiap langkahku..
Apabila sampai di penghujung tangga terdapat sebuah pintu berukiran bulan dan bintang menarik perhatianku.. tombol pintu dipulas dan aku melihat di dalam bilik tersebut terdapat sebilah pedang terapung-apung.. dengan segera aku melangkah ke arah pedang itu sebelum lembaga putih tiba-tiba muncul menghalang perjalananku..
“siapa kamu berani menceroboh bilik ini?” suara garau lembaga itu kedengaran
“aku Lady J, anak kepada Lady Rika..”
“macam mana aku nak percaya cakap kau?”
“lihat ni..” aku menarik baju di pergelangan tanganku ke atas sedikit dan menunjukkan parut bulan sabit yang terdapat di lenganku..
“herm.. nampaknya tugas aku dah selesai.. aku sudah lama menanti pewaris keluarga Lady Rika mengambil pedang ini..”
Aku melihat lembaga itu mengambil pedang itu dan menyerahkan kepadaku..
“hati-hati… semua ahli sihir sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan pedang ini.. simpan pedang ni baik-baik..”
“nanti” aku memanggil lembaga tersebut sebelum dia menghilangkan diri
“kenapa?”
“aku tak boleh bawak pedang ini kemana-mana.. ada tak cara untuk menjadikan pedang ni dalam bentuk lain dan apabila aku nak guna aku hanya perlu seru pedang ni..”
Lembaga itu menghampiri dan melihat ke arah leherku..
“bagi aku rantai kau..”
Aku memegang rantai pemberian Max.. berat hati nak bagi…
“jangan risau aku takkan rosakkan rantai tu…” kata lembaga putih tu lagi..
Aku memberi rantai pemberian Max kepada dia.. beberapa minit kemudian pedang itu hilang..
“aku dah satukan pedang ni dengan rantai kau.. jadi jaga rantai ni macam kau jaga nyawa kau.. kalau kau hilangkan rantai ni bermakna kau menyerahkan nyawa semua orang dalam bahaya.. jika kau nak gunakan pedang ni kau hanya perlu sebut namanya dan pedang ni akan muncul..kalau kau nak simpan kembali kau hanya perlu sebut soul dan pedang ini akan hilang.. aku pergi dulu..” dan lembaga tersebut hilang dari pemandangan.. aku tersenyum kerana rancanganku berjalan dengan lancar..

Keesokan paginya aku mengajak Max kembali ke Akademi.. aku tidak menceritakan kejadian malam tadi kepada dia.. aku tak bersedia lagi.. sampai masanya aku akan cerita juga.. setelah sampai di Akademi dan mengucapkan selamat tinggal kepada Max aku menuju ke bilik.. aku melihat bilikku kosong.. mungkin Mika keluar desis hatiku sebelum merebahkan diri atas katil dan melelapkan mata….

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review