Friday, December 11, 2009

Lady J, the witch 6

Posted by Snow_Queen at 1:11 PM
“Festival musim panas dah nak dekat..” kata Dan di kelas
“jadi ada sesiapa nak ambil bahagian dalam bahagian ni boleh isi borang dan hantar pada aku sebelum hari khamis ye..”
“J, kau nak masuk x?”
“nak jual apa?”
“ermm tak pikir lagi..tapi jom la masuk..benda yang kita nak jual kita bincang sama-sama kemudian..”
“ikut suka kau la..”
Tiba-tiba seorang pelajar tingkatan 1 Lovely masuk ke kelas mereka..
“saya nak jumpa Lady J” kata budak tu lagi…
Semua budak kelas memandang ke arah Lady J..
“eh nape dia nak jumpa kau?” tanya Mika
“mane la aku tau..bukan aku dapat baca fikiran dia pun..”
Dia melangkah ke arah budak itu..
“kakak, pengetua nak jumpa akak..” budak tu tersenyum manis..
“terima kasih..” dia senyum kembali ke arah budak tu.. dan segera pergi menemui pengetua..
Seluruh kelas mula membuat spekulasi mengenai hal J dipanggil pengetua..salah seorang pelajar bertanyakan Mika hal itu tetapi Mika hanya menggangkat bahunya sahaja..




Di bilik pengetua…
Pintu bilik di ketuk dan kedengaran suara memangil masuk.. dia melangkah ke dalam bilik itu.. dilihat sekeliling bilik itu.. luas tapi kemas dan mempunyai bau harum yang segar..
“ehem” suara empunya pemilik bilik itu bersuara mengejutkan lamunannya.
“apa tujuan awak ke sini?” tanya seorang perempuan pertengahan abad yang terdapat di dalam bilik itu..
“ermm..ada sorang budak bagitahu saya yang Puan Pengetua nak jumpa saya”
“awak Lady J?”
“ya, saya”
Dilihat wajah tenang gadis di hadapanya..memang ada persamaan dengan kawan baiknya dahulu..
“mari duduk disini” arah Puan Pengetua
Dia melangkah duduk di sofa yang bertentangan dengan Pengetuanya..
“minum?”
“tidak mengapa..kenapa Puan panggil saya?” terus ditanya tujuan wanita itu memangilnya..
“memang serupa dengan ibu awak..”
“Puan kenal ibu saya?”
“lebih daripada kenal..kami kawan baik di sekolah ini dulu..tapi sayang dia mati di bunuh oleh seseorang..”
“apa sebenarnya tujuan Puan bercakap dengan saya mengenai ibu saya?”
“kejadian beberapa hari lepas..saya pasti awak tahu itu angkara siapa..tapi saya tak mahu tindakan awak membahayakan nyawa seluruh warga Akademi Mystique River”
“jadi???”
“lupakan apa sahaja niat awak terhadap Master Black..biar kami para guru yang uruskan..”
“minta maaf..saya tak dapat nak menuruti arahan Puan”
“jadi awak nak nyawa kawan-kawan awak dalam bahaya?..pada awak mungkin ini hanya tuntut bela ke atas kematian seluruh ahli keluarga awak..tapi ada lagi yang awak tak tahu..pasal keluarga awak..siapa Master Black yang sebenarnya..dan saya dapat tahu yang Master Black mungkin nak bunuh awak..adakah awak rasa perjuangan awak ni berbaloi?”
Suasana mulai tegang.. dia bangun dan menghentak tanganya ke atas meja…
“saya tak tahu apa tujuan Puan suruh saya memberhentikan perjuangan saya..tapi yang saya tahu paling penting sekarang adalah menuntut bela ke atas kematian ahli keluarga saya yang di bunuh secara kejam..kawan baik Puan sendiri..oleh itu..minta diri..”
Dia membuka pintu secara kasar dan berlalu dari situ..dia merasakan dadanya mulai sesak dan dia ingin pergi..
“mama terlalu berkeras dengan dia..??” ujar seorang pemuda yang tiba-tiba berdiri di sebelah Madam Lina, Pengetua Akademi Mystique River..
“untuk kebaikan diri dia dan kamu..lagipun mama sayang bakal menantu mama tu..”
Max tersenyum memandang mamanya…
“yang kamu senyum ni kenapa? Salah ke apa yang mama cakap?”
“yelah mama sayang dia lebih dari saya…cemburu tau”
“banyak la..dah pergi kejar dia..mama yakin dia memerlukan kamu sekarang..”
Selesai berkata demikian dilihat anaknya berlalu pergi..
Dibuka loket rantainya dan dilihat foto kecil yang terdapat dalam loket itu..
“Rika aku dah cuba jaga anak kau baik-baik..kau tahu perangai dia sama je macam kau..degil, cantik, selalu tenang..terima kasih sebab jaga bakal menantu aku dengan begitu baik..aku janji akan jaga dia baik-baik macam anak aku sendiri…semadi dengan aman ye kawanku..”
Pintu biliknya di ketuk..pembantunya masuk dengan membawa seorang budak lelaki
“Puan, ada seorang budak baru yang nak mendaftar harini..”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“buruknya awak menangis..”
Dia memandang Max yang duduk bertinggung di hadapanya..
“ah awak ni..saya tengah sedih..cuba la pujuk saya..”
“aik kalu merajuk pun kena bagitahu ke?”
“eiii awak ni tak membantu langsung..”
“ kenapa awak nangis?”
Lalu di ceritakan pertemuannya dengan Puan Pengetua sebentar tadi kepada Max yang sudah mulai duduk di hadapanya..
“o0o0..mungkin Puan pengetua bermaksud baik..awak jangan fikir yang bukan-bukan”
“entahla..saya tak tahu..”
“J, dengar sini dia hanya risaukan keselamatan awak dan seluruh warga Akademi ni..mungkin baginya tindakan awak berbahaya untuk mereka yang lain..”
“eh yang awak ni dok menangkan Pengetua kenapa?”
Max merasakan bunga-bunga pertengkaran akan tercetus jika dia bersuara lagi dan dia tak mahu begitu..kerana selama ni dia tak pernah bergaduh apatah lagi tarik muka dengan gadis di hadapanya..
“J, tengok..cantiknya bintang-bintang malam ni..”
Aku memandang ke arah langit menikmati pemandangan malam ini dengan Max..
“awak nak ponteng kelas ke?”
“boleh juga..hehehe”
“ish pemalasnya awak ni..” sengaja di usik gadis itu untuk mengembalikan keceriaan pada wajahnya..
Dan mereka berbual hingga loceng Akademi untuk subjek terakhir telah tamat berbunyi..
“Max..saya balik dulu..nanti Mika risau pula..”
“ok..jumpa lagi nanti..”

Di bilik…
“kau kemana? kenapa tak masuk kelas? kenapa Puan Pengetua nak jumpa kau?”
Belum pun aku sempat nak duduk Mika sudah menembak dengan pelbagai soalan..
“ish banyak tul soalan kau..aku tolong Madam Rue kemas perpustakaan..pasal kenapa Pengetua nak jumpa aku tu nanti je aku cerita..”
Baru je Mika nak bukak mulut kedengaran bunyi orang bergaduh di luar menarik perhatian..
Mereka membuka tingkap dan melihat seorang lelaki dan perempuan sedang bergaduh dibawah sana.. si gadis seperti di rasuk hantu.. dan di situ juga terdapat beberapa pelajar perempuan dan lelaki mengelilingi mereka berdua yang selebihnya hanya menonton di tingkap bilik masing-masing…
“wow wayang percuma la malam ni..” ujar Mika..
“kenapa kau berpelukan dengan perempuan tu?” budak perempuan itu menjerit nyaring..
“aku tak peluk dia..dia peluk aku..kau dengar la cakap aku dulu”
Dan kedengaran bunyi jampi dibaca untuk mencederakan pihak lawan…
“la pasangan kekasih bergaduh rupanya…” kedengaran bunyi pelajar-pelajar berkata sesama mereka..
Si gadis banyak menyerang manakala si lelaki banyak mempertahankan diri..langsung tidak membalas..
Bila si gadis ingin melancarkan serangannya sekali lagi tiba-tiba badannya kaku tidak boleh bergerak.. si lelaki mendekati teman wanitanya itu…
Tiba-tiba seorang lelaki yang tidak di kenali meningggalkan kawasan pergaduhan itu..dia mendongak ke atas dan pandangannya bertemu dengan pandangan Lady J..
Aku berasa tidak senang dengan pandangan lelaki itu..
“uiii sapa tu? Tak pernah nampak pun sebelum ni..” ulas Mika
“entah aku tak berminat nak ambil tahu..tutup tingkap tu..”arahku apabila perlawanan tadi berhenti apabila beberapa orang pengawas telah datang untuk meleraikan pergaduhan itu..
Dan badannya di hempas atas katil..dia cuba memejamkan matanya tetapi gagal apabila bayangan lelaki yang merenungnya tadi muncul apabila dia memejamkan mata….
“Mika..minta maaf aku tak dapat nak join festival tu kali ni..”
“kenapa?”
“aku kena buat sesuatu”
“Puan pengetua suruh ke?”
Diam…
“kau cari la partner lain ye..”
“ok..tapi kalau kau berubah fikiran bagitau aku ye..”
“ok”
Dan kedua-dua gadis tersebut mula lena……………..

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review