Friday, December 11, 2009

Lady J, the witch 5

Posted by Snow_Queen at 1:08 PM
“ouch” aku memegang dahi yang terasa perit.. dibuka mata secara perlahan-lahan dan di lihat Mika memandangnya sambil tersengih-sengih..
“trimas sebab kacau tidur aku..”
“sama-sama..kau jangan marah aku kejut kau..aku terpaksa sebab seram..”
Alasan yang tak masuk akal…
“seram??”
“yelah seram..tak ke seram bila aku tengok kawan baik aku tidur sambil senyum-senyum..”
“betul ke???”
Mika mengganguk..
“kau tak nak mandi ke? Nanti lambat masuk kelas..”
Dikerling jam di dinding..alamak dah pukul 6 petang… pantas dicapai tuala yang tersangkut di dinding..asal aku rasa macam ada yang tak kena ni.. dipaling belakang lihat Mika menahan ketawa…
“Mika!!!! Kurang asam kau ye..arini kan ari sabtu..mana ada orang pergi sekolah”
Dan dikejar sahabatnya itu satu bilik..setelah penat berkejaran mereka baring di atas katil..
Mika berpaling melihat sahabatnya.. tiba-tiba dia perasan gadis itu memakai seutas rantai yang sangat cantik..tak pernah nampak pun dia pakai rantai sebelum ni desis hati Mika..
“cantik rantai..sapa yang bagi?”
“rantai ni?? Someone special yang bagi..”
“ha?? Betul ke??sape-sape??” Mika begitu teruja mendengar kenyataan Lady J..
“adalah..rahsia…”
“aku ingatkan kau ni spesis tak bercinta”
“What?? Halo kawan ingat aku ni batu ke takde hati dan perasaan”
“perkembangan yang baik..kau dah boleh cakap pasal feeling ni..bukan apa aku tengok si Dan yang separuh mati minat kat kau, kau wat tak tau je..”
“pandai-pandai je kau ni,,”
“memang aku pandai.. dah la pergi mandi tuan puteri.. satu bilik dah hapak bau kau je”
“okies..”
Dilihat kawannya itu melangkah masuk bilik air..hei susah betul dengan orang angau ni..hermm nampaknya tinggal aku je yang takde pak we..sape la nak jadi pak we aku..Mika senyum sendirian..

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review