Friday, December 11, 2009

Lady J, the witch 4

Posted by Snow_Queen at 1:07 PM
“Waris keturunan keluarga Lady Rika?? Bukan kah seluruh keluarga tu sudah di bunuh? Macam mana ada lagi yang tertinggal??” jerkah Master Black kepada pengikut-pengikutnya.. mereka semua menikus ketakutan.. dikhuatiri mati katak jika bersuara..
“kami pun tak sangka masih ada yang hidup.. kejadian malam itu memang dibuat seperti yang tuan arahkan..” jawab salah seorang pengikut Master Black..
Dia berasa terancam dengan kehadiran pewaris keluarga itu..walaupun pewarisnya adalah seorang perempuan..dia tidak memandang rendah terhadap pewaris dari keluarga itu tapi yang dia tahu rancangannya akan musnah jika pewaris keluarga itu menuntut hak mereka.. hak yang dirampas secara kejam dan rahsia yang tersimpan sekian lama akan terbongkar.. dia tidak mahu segala usahanya sia-sia..
“apa nama perempuan tu? Adakah dia orang yang sama membunuh Zeer?” tanya Master Black..
“Lady J tuan.. yup dia orang telah membunuh Zeer” jawab salah seorang pengikutnya
“hahahahahaha” ketawa Master Black bergema di seluruh istana .. menyeramkan bagi sesiapa yang mendengarnya..
“anak yang bodoh..sangat memalukan mati di tangan seorang perempuan.. buat apa sahaja untuk bunuh perempuan tu..” arah Master Black
“baik tuan” sahut pengikut-pengikutnya..
“nanti dulu…jangan bunuh dia..bawa dia ke sini..aku sendiri akan bunuh dia dengan tangan aku…ingat kalau kau semua gagal korang sendiri akan aku bunuh dengan tangan aku…sekarang pergi..” jerkah Master Black
“baik tuan” serentak dengan itu pengikut-pengikut Master Black lenyap dari pandangan..
“kalau ayah nak saya sendiri akan bawa dia kepada ayah” Master Black memandang anak sulungnya yang muncul secara tiba-tiba..
“kau nak mampus macam adik kau tu?”
“saya tak bodoh macam Zeer yang bertindak mengikut perasaan tu…”
“kau ada rancangan yang lagi bagus?” Master Black teruja mendengar kata-kata anaknya itu..
“mungkin ya..mungkin tidak.. apa-apa pun kita takkan tahu hasilnya selagi saya tak jalankan rancangan saya tu..”
“baiklah..aku bagi kau peluang..tapi hati-hati..kalau rancangan kau terbongkar kau tahu apa nak buat kan?”
“tahu..”
Serentak dengan itu anak sulung Master Black hilang dari pandangan.. satu-satunya pewaris yang akan mewarisi takhta dia nanti..dia tahu puteranya itu tahu apa yang di buatnya..kalau ikut hati dia tak mahu anaknya itu terlibat dengan pembunuhan ini.. tapi dia harus buat begitu untuk melihat sejauh mana kekuatan anaknya..bagaimana dia nak menyerahkan takhtanya jika bakal pewaris dia bodoh..dia tersenyum sinis..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
setelah dipastikan Mika tidur dengan nyenyak perlahan-lahan aku membuka tingkap bilik..jam di dinding menunjukkan pukul 4.00 pagi.. selamat mendarat di atas sepohon pokok yang berdekatan dengan tingkap bilik dengan pantas aku menuju ke arah hutan larangan.. sampai di atas sebuah pokok aku duduk sementara menanti seseorang..
aku menutup mata apabila merasakan tiupan angin lembut di sekeliling aku.. apabila aku membuka mata Max sudah berada di sebelah tersenyum manis..
“Selamat hari jadi my lady” ujar Max
Aku tersenyum manis mendengar ucapannya..dia tak pernah melupakan hari jadi aku.. setiap tahun pasti kami meraikan hari jadi aku bersama.. aku melihat dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya.. terdapat seutas rantai berloketkan api kristal berwarna biru..
“biar saya pakaikan untuk awak”
“terima kasih Max”
Dikalungkan rantai itu ke leher aku..
“kalau awak rindu saya pegang rantai tu dan seru nama saya..saya akan muncul”
“ah siapa nak rindukan awak” dirasakan mukanya sudah hangat..
“mari ikut saya..”
“ke mana?”
“ikut sahaja.. awak akan tahu nanti..”
Max memegang tangan aku dan kami berlari dari dahan ke dahan.. hutan larangan sudah jauh di tinggalkan.. aku tertanya-tanya arah tuju kami kerana sekarang kami sudah berada di dalam kawasan Akademi…
“Max.. nanti orang lain nampak macam mana?”
Max hanya mendiamkan diri.. “dah sampai..”
“bilik muzik?? Kita buat apa kat sini? Nanti kena tangkap macam mana?? Oh Max?”
“mak cik..kalau awak bising lagi nanti kita betul-betul kena tangkap”
Aku mengetap bibir..mak cik? Nak kena betul mamat ni..
“mari.. duduk di sini..” ujar Max menunjukkan bangku piano kepadaku.. aku hanya mengikut arahannya..
“Well..This song is for my lovely J”
I thought that the sunrays were always prickly

But unusually, the sunlight was bright to my eyes
It was because of that afternoon when I first met you

It was because of you
That I couldn’t open my eyes
Your appearance was shining more brightly
Than a summer sunlight

I waited for this, only for your love
Those days that I didn’t know you,
I always dreamt of you
I never believed in a love of destiny but
I know now, that its you
My one and only love

Sometimes there are times when I don’t believe this
I wonder if I can be this happy
Being by your side and loving you

The day when I gave you the unexpected confession
And when you gave me that smile,
Even if the world gave me everything,
I couldn’t change that moment with it
I will forever protect you
No matter how much difficulty I am in, always for you..
My one and only love~~

Aku terpegun mendengar suara merdu Max.. dirasakan air hangat mengalir..
“ssshh..kenapa menangis… tengok dah macam mak beruang dah saya tengok muka awak..”
“mak beruang? Eiii awak ni memang nak kena..”
Baru nak ditampar bahu Max pantas dia menangkap tanganku..
“acah je..kalau muka awak hodoh pun saya masih akan sukakan awak..”
Aku tersenyum mendengar kata-kata Max..
“mulut manis” ujarku
Serentak kami berpaling ke arah pintu apabila mendengar derapan tapak kaki seseorang menuju ke bilik muzik… segera Max menarik tanganku beredar dari situ…
Dan membuka pintu bilik muzik.. dilihat bilik itu kosong.. ish biar betul..baru tadi je aku dengar orang menyanyi dalam bilik ni.. dirasakan angin sejuk mengelilingi dirinya..seram sejuk la pulak..lantas Dan menutup pintu bilik muzik itu dan beredar…

Sampai di bilik aku melihat Mika masih nyenyak tidur..rasa lega bertandang di hati..
“well I guess..selamat malam..” ujar Max
Rasa berat hati nak lepaskan dia pergi la pulak.. sebelum Max pergi sempat dia menghadiahkan kucupan di dahi milik gadis yang menawan hatinya itu..
Aku tersenyum sendirian selepas Max pergi..di rebahkan badan atas katil dan memegang dahinya..seperti mimpi dan dia berasa sangat bahagia..seperti mahukan masa berhenti di sini dan biarkan dia di hanyut buih-buih kebahagiaan..dan dia pun terlena sambil memegang rantai pemberian Max….

1 under spell:

Anonymous said...

name kite lily..

ny lagu ape ye cik snow??lily nak tau..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review