Friday, December 11, 2009

Lady J, the witch 3

Posted by Snow_Queen at 1:06 PM
“Achum…” dikesat hidungnya yang mula berair.. aku memang pantang betul dengan segala partikel habuk ni.. dilihat Lady J mengemas rak buku bahagian Potion dengan tekun..
“J, kau rase apa yang Diane buat kat Dream Dew kelmarin ??” soal Mika
Aku berpaling melihat Mika yang membersihkan habuk di atas sebuah buku..
“ntah la..aku tak berminat nak tau..ade faedah ke?”
“ish ko ni memang tak prihatin.. ko tak curious ke pe yang dia buat kat situ?”
Senyap tiada jawapan.. dia berpaling dan melihat Lady J sudah tiada di tempatnya.. ish minah ni hilang pulak desis hati Mika..

“Lady J, saya rasa semua pelajar sudah di beritahu dilarang mendekati bahagian bacaan larangan & ilmu hitam bukan?” Madam Rue bersuara apabila dilihat Lady J berdiri di hadapan bilik yang berusia ratusan tahun yang selalu berkunci tu..
Lady J berpaling dan tersenyum manis mendengar kenyataan Madam Rue, pustakawan yang sudah lama berkhidmat dengan Akademi Mystique River.. dan dia melangkah pergi ke bahagian bacaan cerita dongeng.. di kutip sebuah buku yang jatuh ke atas lantai dan di buka… tiba-tiba dia merasakan tiupan angin lembut di lehernya..
“semalam orang Master Black bukan?” aku bertanya dengan nada perlahan di khuatiri di dengari oleh orang lain..
“yup.. Lady J tak patut bunuh lelaki tu semalam..biar saja cik Mika yang bunuh dia.. perbuatan Lady hanya akan menyusahkan diri sendiri je..” ujar Max kesal
“dan biar Master Black bunuh dia? Macam tu?”
“err saya tak bermaksud begitu… apa pun saya berharap Lady berhati- hati lain kali..”
Aku berpaling ke arah Max dan tenung matanya yang redup tu.. setiap orang ahli keluarga aku mempunyai pembantu yang tersendiri dan Max adalah pembantu aku..
teringat sehari selepas ahli keluarganya di bunuh dia didatangi lelaki itu..Max menyatakan dia di hantar untuk membantu aku seperti ahli keluarga aku yang lain di bantu oleh pembantu mereka..tanpa banyak tanya dia menerima lelaki tersebut menjadi pembantunya..disebabkan semua ahli keluarga aku mati, pembantu mereka juga turut mati..itu adalah syarat taat setia yang dilafazkan sewaktu menjadi pembantu keluargaku…
“sudah jumpa kedudukan Master Black?”
“belum Lady..masih di usahakan”
Dari jauh aku mendengar bunyi tapak kaki menuju ke arah kami.. bila aku berpaling ke arah Max dia sudah hilang..
“hah” niat asalnya nak mengejutkan Lady J tapi sebaliknya dia yang terkejut apabila melihat seorang perempuan di lumuri darah di hadapannya menyebabkan dia terduduk ketakutan di atas lantai..
“hehehe..tau terkejut..”
Dia melihat perlahan-lahan perempuan tadi bertukar menjadi Lady J.. sengal betul perempuan ni…diketap giginya..
“lain kali nak buat jahat pastikan siapa lawan anda wahai cik Mika..” ujar aku dengan sinis.
“jom balik makan malam..aku dah siap kemas” ujarku melangkah pergi.
Mika bangun dan mengejar temannya itu kemudian dia berpaling ke arah tempat dia jatuh tadi.. tiba-tiba dia merasakan ada seseorang yang memerhatikan dia..rasa seram meyelebungi diri.. dia berlari mendapatkan J yang sudah jauh di depan…
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
di dewan makan.. pukul 2.30 pagi..
aku melihat Diane dikerumuni oleh rakan-rakanya.. dengan penuh angkuh dia menceritakan kembali pengalaman melawan ahli sihir di hutan larangan itu..
“dia hanya reka cerita saje..kau tak nak bagi tau perkara sebenar ke?” ujar Mika kepadaku
“ade faedah ke? ”
Mika hanya mencebik mendengar kata-kata ku..
prang…prang…prang.. satu demi satu lampu di dewan makan itu pecah…
“J..” mika dah mengenggam tanganku…
“bertenang semua..jangan tinggalkan dewan makan ni sehingga mendapat arahan daripada pengawas-pengawas yang bertugas..Erika ikut aku,,” arah King dalam kegelapan pagi itu..
Semua pelajar kaku di tempat masing-masing..akur dengan arahan King…

Dengan perlahan aku menyelinap keluar dari dewan makan.. hati aku kuat mengatakan ini adalah angkara Master Black.. Mika aku tinggalkan sendirian tanpa dia sedari..
Dengan penuh berhati-hati aku berjalan dari koridor ke koridor dan tiba-tiba tangan aku direntap seseorang…
“Max, awak buat apa kat sini?”
“sshhh”
Aku melihat sekumpulan guru, King dan Erika berjalan melintasi aku dan Max.. mereka langsung tak nampak kami walhal kami berdiri depan mereka sahaja..
Max menarik tangan aku mengekori kumpulan guru tadi.. sampai di suatu sudut mereka berhenti…
“sangat bahaya..kita mesti mempertingkatkan kawalan keselamatan Akademi ni atau nyawa kita semua dalam bahaya” ujar Sir Que.
“kesian Mr Flitchy mati dengan begitu dahsyat..” Ujar Erika
Mr Flitchy?? Penjaga asrama Thunder dah mati?? Aku memandang Max.. Max memandang aku dan mengganguk seolah-olah dapat membaca fikiran aku..
“angkara orang-orang Master Black.. dia nak balas dendam atas kematian salah seorang anaknya kelmarin” tambah Max lagi..
Anak Master Black?? kelmarin?? Maknanya orang yang aku bunuh kemarin..?? Aku yang menyebabkan Mr Flitchy mati..air hangat dirasakan mengalir di celah kedua-dua matanya.. serta merta teringat orang tua yang peramah dan baik hati itu, orang yang selalu mendengar dia merapu sewaktu dia tiada tempat mengadu, orang yang sudah di anggap seperti ayah sendiri.. Max membawa aku pergi dari situ..
Di Dream Dew aku menangis teresak-esak dalam dakapan Max… Dia hanya mengusap rambutku tanpa berkata apa-apa..
“Lady…jangan menangis.. sekarang pergi balik ke kelas.. nanti kalau Lady tiada mereka syak yang bukan-bukan pula..”
Aku hanya mengikuti arahan Max.. tanpa bantahan.. Max hanya melihat gadis itu pergi dengan pandangan yang sayu dan dia segera hilang apabila kelibat gadis itu hilang dari pandangannya..
Di dewan makan….
Dewan makan kembali terang dengan bantuan lampu kecemasan yang di bawa oleh pengawas- pengawas yang bertugas… dan alangkah terkejutnya Mika apabila tangan yang di pegangnya bukan tangan Mika tapi tangan Jack, budak yang hingusnya tak pernah berhenti mengalir.. dia melihat Jack tersengih-sengih ke arahnya.. dan dia memberi satu tamparan kepada lelaki tu.. padanlah J hanya senyap apabila dia merengek seperti budak kecil tadi… kalau tidak J selalunya akan memberi kata-kata yang sarkastik kepadanya…ah!!! Memang mimpi ngeri.. dia segera berlalu ke tandas untuk mencuci hingus Jack yang melekat di tangannya…dia juga akan memarahi J apabila dia berjumpa dengan perempuan tu..
Sesudah aku mencuci tangan, aku kembali ke kelas dan dilihat J sedang duduk di tempat duduknya dan memandang ke luar.. baru je nak buka mulut untuk memarahi gadis tu dibatalkan niatnya apabila melihat mata J bengkak seolah-olah baru lepas menangis..
“J…kenapa ni?”
Aku berpaling ke arah Mika..dirasakan air hangat itu ingin mengalir kembali segera digigit lidahnya untuk menahan air mata daripada keluar..
“kamu semua boleh balik ke asrama masing-masing..kelas harini di batalkan atas langkah-langkah keselamatan..” ujar Dan
“ish..baik suruh balik je tadi waktu tengah duduk kat dewan makan..ni nak patah balik..
penat betul..” Mika dah memuncungkan mulutnya..
aku hanya tertawa kecil mendengar bicara Mika..segera bangun dan meninggalkan temannya itu..
“J..tunggulah aku.. jangan la jalan cepat sangat..”
Aku berazam akan balas dendam kepada Master Black yang dah banyak membunuh orang-orang kesayangan aku….

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review