Monday, December 28, 2009

Lady J, the witch 12

Posted by Snow_Queen at 4:17 PM
Aku menarik nafas perlahan untuk mengawal perasaan gemuruh yang melanda dan supaya dapat berfikir dengan waras..


“mak dengan anak sama sahaja menyusahkan.. aku patut bunuh kau sejak dari kecil..”

“aku akan pastikan kau mati supaya pergorbanan ahli keluargaku berbaloi.. dan supaya hak ahli keluargaku terbela” kataku

“mak kau bodoh..kalau dia kahwin dengan aku mesti dia masih hidup dan dapat memiliki istana ni tapi dia pilih jantan yang bodoh tu..”

“ayah bukan seorang yang bodoh!!..” aku menjerit..

Master Black menjampi tanganku supya kaku.. dan berjalan mengelilingi ku beberapa kali..

Aku tersenyum sinis.. Master Black berjalan menghampiri Mika dan mengapungkan dia di udara..

“sekarang..kau akan lihat kawan kau mati depan mata kau sendiri..hahahaha” ketawa master black bergema seluruh istana..

“lightstorm” jurusku kepada Mater Black dan badan Master Black terhentak ke dinding..aku melangkah menghampiri Mika dan membaca jampi CobgltMax untuk melindungi Mika.. huh orang tua yang bodoh ingat senang-senang nak jampi aku.. tak berkesan la takat nak kunci pergerakan aku..

“J awak ok?” J terkejut melihat kedatangan Max dengan tiba-tiba

“Max awak buat apa kat sini?? Bahaya tau..”

“saya risaukan awak.”

Max melihat Master Black di belakang J mula bangun dan melancarkan serangan dengan pantas Max berlari dan memusingkan badan J kearah hadapan..

“Max..Max.. awak ok?? Max bertahan..”

Mata Lady J bertukar warna merah api menunjukkan kemarahan yang teramat sangat..

“phoenix” seru Lady J..

Master Black melihat pedang pusaka ahli keluarga Lady Rika berubah pucat.. tanpa membuang masa J berlari sambil menghunuskan pedang ke arah Master Black tetapi Master Black sempat mengelak..

“werty hole” kata Master Black menyebabkan Lady J tercedera apabila jampi itu mengenai bahu kiri dia..

Lady J tetap bangun sambil menggunakan sebelah tanganya memegang phoenix..

“death mate” J menyerang balas dan jampi itu tepat mengenai Master Black.. aku melangkah perlahan menuju kearah Master Black yang mengerang kesakitan..

“jangan..tolong jangan..”

“kematian kau memang dinantikan oleh aku.. demi ahli keluargaku..” dan dia menjerit Gtor storm dan menghunuskan phoenix tepat ke jantung Master Black sebelum cahaya putih menyelubungi seluruh istana.. J sudah tidak sedarkan diri selepas itu…



p/s : tamat Lady J, The witch season 1.. nanti snow akan sambung special episode untuk cerita ini tapi tak tahu la bila.. harap korang enjoy baca n sowi sangat100x kalau tak best.. snow masih baru dalam bidang ni jadi masih banyak yang perlu belajar…

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review