Monday, December 28, 2009

Lady J, the witch 11

Posted by Snow_Queen at 4:16 PM
Aku melangkah dengan penuh berhati-hati.. istana lama ini sangat gelap seolah-olah sudah lama tidak berpenghuni.. aku mengeluh perlahan memikirkan usaha aku mungkin tidak berhasil ditambah pula bagaimana ingin mencari jalan keluar..aku seolah-olah terperangkap dibawah terowong yang panjang dan tiada penghujung.. setelah lama berjalan aku ternampak sebuah pintu tidak jauh dari tempatku berdiri tanpa membuang masa aku berlari ke arah pintu itu..


Tombol pintu dipulas perlahan-lahan dan dengan penuh berhati-hati aku melangkah keluar..aku tergamam melihat bilik di hadapan aku sungguh besar.. ruang tamu barangkali desis hatiku.. tiba-tiba terdengar bunyi suara orang bercakap menarik perhatianku.. aku bersembunyi di bawah tangga untuk mengelak daripada dikesan..

Alangkah terkejutnya J apabila melihat tuan punya suara adalah Art.. dia mendesis perlahan..

“dah bagi perempuan itu makan?” tanya art kepada seorang perempuan yang kelihatan berusia..

“sudah tuan.. tapi dia tak mahu makan.. saya dah puas paksa..”

“biarkan..kalau dia lapar dia tahu nak makan..lain kali letak je makanan tu depan dia..”

“baik tuan.. saya pergi dulu kalau tiada apa-apa..”

Art beredar meninggalkan perempuan tua itu.. dengan sekelip mata aku berdiri di belakang perempuan itu dan membisik jampi pukau di telinganya..

“mana Mika? Perempuan yang tuan kau tangkap semalam?”

“dia berada di bilik paling hujung sayap kiri istana..”

“macam mana aku nak ke sana?” soalku

“melalui tangga hadapan pintu utama, tingkat 3 dan belok kanan setelah melepasi 34 buah bilik belok kiri.. disitu adalah sayap kiri istana dan terdapat sebuah bilik di situ.”

Aku tak boleh menggunakan tangga hadapan.. cari nahas namanya tu..

“ada jalan lain nak ke sana?”

“ada.. guna perpustakaan..terdapat sebuah tangga yang menghubungkan setiap tingkat di istana ni..”

“macam mana nak ke sana?”

Perempuan itu menunjukkan sebuah pintu berukiran buku yang tidak jauh dari tempat kami berdiri..

Aku mengusap wajah wanita tua itu sebelum menyambut dia daripada terjatuh.. aku memapah perempuan tua itu ke kerusi berhampiran dan mendudukannya.

Setelah berjaya memasuki bilik itu aku cuba mencari tangga tetapi tidak jumpa.. aish mak cik tu tipu ke.. aku melihat sekeliling jika ada sebarang petunjuk yang menunjukkan kehadiran tangga..

Tanpa di sengajakan siku ku tertolak pasu bunga di belakangku dan secara tiba-tiba syiling di perpustakaan itu turun sedikit demi sedikit.. aku berlari untuk menuju ke tingkat tiga.. setelah sampai aku melihat terdapat beberapa orang mengawal pintu bilik itu.. aku mengigit bibir mencari idea untuk mengalih perhatian mereka..

Ahah!! Teknik penyamaran..aku boleh menyamar sebagai Art..

Aku melangkah ke arah pintu bilik itu dengan lagak seorang lelaki..

“tuan” sapa mereka

“erm..aku nak masuk..korang semua boleh pergi” arahku

“baik” dan mereka beredar..

Aku memasuki bilik itu dan mengunci dengan beberapa jampi.. kelihatan Mika terbaring di atas katil dengan tangannya terikat di kepala katil.. aku berlari mendapatkan Mika..

“Mika.. bangun..” aku menampar pipi Mika beberapa kali

Mika membuka matanya perlahan-lahan..

“Pergi!!! Binatang lepaskan aku!!!..”

Aku menutup mulut Mika dan secara perlahan-lahan bertukar ke rupa asal..

“J.. betul ke kau ni?”

“betul..”

“syabas kerana jumpa kawan kau..” aku berpaling ke belakang dan melihat Art serta Master Black memandangku dengan penuh sinis..

“lepaskan dia..nak lawan, lawan aku seorang je..” jerkahku

“pertama kali jumpa ayah saudara patut bagi salam kan?” kata Master Black

“puih.. tak hingin aku mengaku orang macam kau jadi ayah saudara aku.. windstorm”

Ku tujukan kearah mereka..

Apabila kepulan asap hilang ku lihat mereka berdua tiada.. aku memerhatikan sekeliling..

“eerieknife” suara art kedengaran dan tiba-tiba aku merasakan cecair hangat mengalir di lengan kananku…

“tuyr” dan aku terhentak di sebuah pasu bunga yang agak besar.. seluruh badanku mula kesakitan akibat hentakan yang kuat itu.. Art berdiri di depanku dan menarik rambutku..

“perempuan tak guna..kau ingat kau hebat sangat la ye..hahahaha” Art menghentak kepalaku ke lantai.. berpinar seluruh pandanganku seketika..

“hole blaze” jeritku dan art terbakar dalam sekelip mata tanpa sempat berbuat apa-apa..

Aku bangun secara perlahan-lahan dan berpaut pada dinding untuk mengimbangi badanku..

“dah 2 orang anak aku kau bunuh.. kau memang hebat..” secara tiba-tiba Master black muncul di hadapan dia..

“fire” dan Master Black hanya menghalang api tersebut dengan menahan tangan kirinya ke depan..

“api yang cantik.. tapi mesti lagi cantik kalau api ini makan tuanya” serentak dengan itu api tadi dijuruskan kepada aku kembali.. mujur aku sempat tunduk kalau tidak….

Baru sahaja ingin melancarkan serangan seterusnya Master Black sudah berdiri di belakang dan mencekik leherku..

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review