Monday, December 28, 2009

Lady J, the witch 10

Posted by Snow_Queen at 4:15 PM
Kerana kurang berhati-hati aku hampir-hampir melanggar rak buku di perpustakaan..mujur sempat berhenti kalau tidak sudah benjol kepala.. sewaktu hendak memasuki bilik bahan bacaan larangan& ilmu hitam tanganku ditarik ke satu sudut perpusatakaan. Max menutup mulutku supaya aku tidak membuat bising.. tidak lama kemudian kedengaran bunyi derapan tapak kaki melalui tempat persembunyian kami..


“Max, awak buat apa kat sini?” kataku setelah bunyi tapak kaki sudah jauh kedengaran dari tempat kami bersembunyi.

“malam ni ada rondaan hati-hati sikit”

Max membawa aku masuk ke dalam bilik bahan bacaam larangan dalam sekelip mata..

“awak nak buat apa kat sini?” tanya Max serius

“saya nak cari satu jampi…bukan 2 jampi..” kataku sambil meneliti tajuk-tajuk buku yang terdapat di situ..

“apa yang terjadi?”

“saya nak bunuh Master Black..saya mesti dapatkan Mika balik..”

Max merentap bahuku kasar supaya menghadap ke arah dia..

“awak gila!! Awak bukan lawan Master Black tau..”

“ye memang saya gila..habis tu kenapa?? Tak kira apa pun yang terjadi saya mesti dapatkan Mika balik..”

Max mendengus kasar.. dia risaukan keselamatan J..

“saya ikut awak pergi?”

“tak boleh.. ini urusan keluarga saya..kawan saya”

“awak tak anggap saya ni sebahagian dari keluarga awak?” lirih suara Max kedengaran





Aku memandang tepat ke dalam anak mata Max.. aku tahu dia risaukan aku tapi aku tak nak apa-apa terjadi terhadap dia. Aku memeluk Max kejap seolah-olah tidak akan berjumpa dengan dia lagi selepas ni..

“saya cintakan awak.. saya tak nak awak tercedera.. kalau saya mati tidak mengapa tetapi awak tak boleh mati..” aku mula berlembut dengan Max..

“biar saya tolong awak..awak nak cari buku apa?” aku tersenyum manis mendengar kata-kata Max.

“apa-apa sahaja buku berkenaan jampi Ewruty dan CobgltMax…” jawabku

Ewruty adalah jampi yang boleh membawa kita kemana-mana sahaja yang di ingini dengan menggambarkan tempat yang ingin di tuju di dalam fikiran manakala cobgltmax adalah jampi yang berfungsi sebagai pendinding diri terkuat selepas protection blaze..

“awak..jampi-jampi tu kan mengambil masa yang lama untuk belajar..mana boleh terus guna macam tu je..” Max membantah

“saya tau..tapi saya tak de mase yang lama untuk menunggu..saya mesti selamatkan Mika secepat mungkin..”

Max mendegus perlahan..walaupun dia tidak puas hati dia tetap mengikuti kemahuan J..

“dah jumpa” kata Max..aku segera membawa 2 buah buku itu ke atas meja dan buku berkenaan keluarga aku juga.. aku membuka buku jampi cobgltmax.









Asa vityr quest fert

Hint jeis torw al dean

Go dreq zxut gty en

Protect the one

Jihy frute

Aku mengulang-ulang jampi tersebut untuk di gunakan apabila perlu.. seterusnya dibuka buku jampi Ewruty.. buku itu menyatakan jika ingin memilih destinasi yang di tujui dengan tepat dan supaya tidak tersasar tempat lain perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kosongkan fikiran dan bertenang kemudian baru gambarkan tempat itu dengan jelas di dalam minda.. aku membuka buku sejarah keluargaku dan mencari lukisan sebuah istana lama..buku itu menyatakan bahawa konon-kononya istana itu adalah kediaman Master Black.. walaupun tidak diketahui kebenarannya aku tetap ingin mencuba..

Max memandang perempuan kesayanganya dengan berat hati.. ingin sahaja dia membawa J jauh dari situ tetapi dia tahu akan akibat perbuatanya itu nanti.. sebelum aku pergi aku mendekati Max dan memegang tangan dia..aku membuka gelang tangan tears of the moon pemberian ibuku dan memakaikan di pergelangan tangan Max..

“kalau..kalau saya tak balik.. awak akan sentiasa ingatkan saya kan?” kataku

“jangan mengarut..saya nak awak balik sebagaimana awak berada di depan saya ni..sihat dan tiada sebarang kecederaan..faham!!” Max mengetuk kepalaku

Aku tersenyum dan sebelum pergi aku menghadiahkan kucupan di dahi Max, Max memejamkan matanya..

Apabila Max membuka mata J sudah tiada.. dia merasakan hangat kucupan J di dahinya..tanpa disedari air mata mengalir satu-persatu….

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review