Monday, January 8, 2018

Bride Of The Alpha {13}

Posted by Snow_Queen at 8:56 PM 0 under spell Links to this post
“Why am I not even surprise?” Jimin menggumam kecil apabila melihat Yixing berdiri bersama Jongin, Ri In dan Chanyeol. Dia mara ke hadapan untuk mendapatkan Yixing.

“Should I even ask or not?” Dengan nada sarkastik dia menyoal Yixing namun matanya meliar ke arah tiga sekawan yang tak diundang. Sengaja dia mengecilkan pandangan apabila berlaga  pandang dengan Ri In, menunjukkan dia tak senang dengan kehadiran gadis itu.

“Arahan Suho. Council mahu Jongin dan Chanyeol membantu kita.” Yixing mendekatkan bibir ke telinga Jimin sebelum berbisik, “dan adik kau adalah dibawah tanggungjawab Jongin apabila dia ke sini. Jadi ke mana sahaja Jongin pergi, Ri In akan ikut. You know the situation.”

Jimin tergelak dengan nada sinis. “Nampaknya kita tak punya pilihan lain kan? Kita patut bergerak sekarang.”

Tali beg sandang diperbetulkan sambil dia mendengar arahan daripada Yixing. Kali ini, Yixing mahu mencuba nasib mencari beberapa herba yang jarang ditemui di lembah sloath. Perjalanan bakal mengambil masa selama tiga hari jika mereka bergerak di dalam wolf form dan hampir seminggu jika mereka bergerak dalam bentuk jasad manusia.

“Kau nak pergi mana?” Jongin menegur apabila Yixing melangkah ke arah utara namun Jimin melangkah ke arah Barat.

Jimin melirikkan mata ke arah Yixing sebelum pandangannya kembali ke arah Jongin. Mereka akan bertukar dalam bentuk wolf form apabila sampai di point 15.6. Dan mustahil buat dirinya untuk bertukar dalam bentuk wolf form buat masa sekarang.

“Jimin ada tugasan lain yang perlu dia lakukan. Dia akan bersama kita sebelum tengah malam nanti.” Yixing bersuara untuk mengelakkan Jongin daripada berterusan menyoal. “Kita harus bertolak sekarang, Jongin.” Yixing menuturkan kata-katanya dengan nada tegas, sekaligus memperingatkan Jongin bahawasanya dia ketua ekspidisi kali ini.

“Aku jumpa kau nanti.” Jimin buat tanda salute ke arah Yixing sebelum meneruskan perjalanan yang tergendala akibat pertanyaan daripada Jongin tadi.

Jongin memandang susuk tubuh Jimin sehingga hilang sebelum mengikut langkah Yixing yang sudah mara ke hadapan bersama dengan yang lain-lain.

“Kau risaukan dia?” Ri In menyoal apabila Jongin menyaingi langkahnya.

Jongin jongket kening mendengarkan pertanyaan Ri In. “Kau tak risaukan dia? Dia ahli keluarga kau.”

“Dan dia dah besar untuk menjaga dirinya sendiri.” Ri In tak bermaksud untuk menjawab soalan Jongin dengan nada yang kasar namun sungguh hatinya terasa sakit melihat bagaimana Jongin risaukan Jimin. Bukan dia tak boleh nampak bagaimana Jongin cuba untuk mendekati Jimin sebaik sahaja mereka sampai ke sini namun sikap endah tak endah Jimin menyebabkan Jongin harus berfikir banyak kali dahulu sebelum mendekati Jimin.

Jongin mengambil jalan untuk tidak membalas kata-kata Ri In. Mendengarkan nada suara Ri In yang sedikit kasar, dia tahu gadis itu tidak senang dengan perbuatannya.

“Shit.” Jimin menggumam perlahan apabila hujan mula turun dengan selebat-lebatnya. Guruh dan kilat saling sabung menyabung di dada langit tanda-tanda hujan akan turun pada malam ini dan apabila berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan ini, Jimin hilang punca seketika kerana dia tahu dirinya sangat mudah untuk menjadi tumpuan musuh.

Dark tiada di sisi dan dia keseorangan ketika ini. Pada saat ini, mahu sahaja dia menyumpah dirinya sendiri kerana tidak mahu membawa Dark bersama tadi. Namun pilihan apa yang dia ada kerana dia memerlukan Dark untuk membantunya mencari maklumat supaya misi utamanya berjalan dengan lancar.

Tangan meraup muka dengan kasar, menyingkirkan air hujan. Matanya diliarkan ke sekeliling untuk mencari tempat berteduh buat sementara waktu. Mustahil untuk dia bertemu dengan Yixing di tempat yang dijanjikan dalam keadaan cuaca buruk sebegini.

Dalam keadaan gelap dan dengan jarak penglihatan yang terhad, dia melangkah dengan berhati-hati, mencari pokok yang tinggi untuk berteduh. Yang paling utama bagi dirinya sekarang adalah untuk melindungi diri sendiri daripada pemangsa-pemangsa yang bersedia untuk menyerang dirinya ketika dia lemah dan keseorangan.

Dalam jarak yang tidak jauh dari tempatnya berdiri sekarang, matanya terpaku pada sepohon pokok yang tinggi. Dengan dedaunan yang lebar, ianya tempat yang sesuai buat dia untuk menumpang berteduh.


Segera dia berlari anak menuju ke arah destinasi yang sudah dikenal pasti namun entah di mana silapnya, tahu-tahu sahaja tubuhnya sudah melayang jatuh ke bawah. Guruh berdentum dengan kuat di dada langit dan dia terasa tubuhnya terus menerus ditarik ke dalam lubang kegelapan tanpa dia dapat berbuat apa-apa meskipun dia berusaha keras untuk melepaskan diri.

Bride Of The Alpha {12}

Posted by Snow_Queen at 8:52 PM 0 under spell Links to this post
Dengusan kasar diluahkan dan sebuah buku tebal di hadapannya ditolak jauh dari pandangan. Dia memicit pelipis. Otaknya ligat berjalan memikirkan misteri yang melanda Croach. Mata dikerling ke arah Grandfather clock yang berbunyi. Sudah pukul sembilan malam namun kajiannya masih tidak membuahkan hasil.

“Apa yang aku terlepas pandang ni?” Jimin membebel sendirian. Firasat hatinya kuat mengatakan kejadian sekarang ada kena mengena dengan gerakan musuh mereka namun apa rancangan mereka sebenarnya?

Sekeping kertas yang penuh dengan tulisan tangannya di ambil dan dia merenung teori-teori yang muncul dalam kepalanya satu persatu.

“Teori yang menarik.”

Jimin memegang dada apabila bisikan halus muncul tiba-tiba dari arah belakangnya. Dark!

“Kau kalau nak muncul boleh tak bagi hint sikit?”

Dark ketawa kecil sebelum mengambil tempat duduk kosong di sebelah Jimin.

“Tak pernah pulak aku dengar spirit kena bagi petanda kalau nak muncul. Kau pernah tengok hantu muncul sambil announce nama dia tak? Tak pernah kan?”

Jimin menjeling tajam tanda geram sebelum kembali memusatkan perhatian pada kertas ditangan.

“Kau dah janji tak akan masuk campur dalam siasatan.”

“Aku tak mungkir janji pun.” Jimin membalas.

“Habis tu, apa yang kau tengah buat sekarang?”

“Kajian.”

Dark geleng kepala tanda tidak puas hati. “Hari dah lewat. Kau patut balik sekarang.”

“Dark. Kau jangan lupa siapa aku.”

“Aku tak pernah lupa, Ji.  Tapi kita tak tahu ancaman apa yang sedang menyerang kawasan kita sekarang. Aku tak nak kau jadi macam mangsa-mangsa yang lain. Sedangkan Tuan Hyu yang hebat tu pun boleh tersungkur di tangan musuh…” Sengaja Dark tidak menyudahkan bicara kerana dia tahu Jimin faham apa yang cuba dia sampaikan.

Jimin mendengus sebelum mula mengemas buku-buku dihadapannya tanda akur dengan nasihat Dark. Lagi pun dia sudah beberapa jam terperap di sini namun masih tiada jawapan yang diperolehi. Lebih baik dia balik berehat dan kembali ke sini esok. Matanya sempat melirik ke arah bahagian atas library. Esok, dia harus minta kebenaran untuk masuk ke dalam bilik bacaan elders. Mungkin ada sesuatu yang akan dia perolehi esok.
-
Jimin memakukan pandangan ke siling. Lama dia memerhatikan ruangan kosong itu sambil menanti cecair yang dihasilkan sebentar tadi bertukar menjadi pekat dan proses itu akan mengambil masa sedikit.

“Soalan.”

“Shoot it.” Jimin menggumam perlahan tanpa memandang Yixing.

“Kenapa kau anti sangat dengan Ri In?”

Senyuman sinis terukir di bibir. “Siapa kata aku anti dengan dia?” Sengaja dia membalas soalan Yixing dengan soalan juga.

“Orang buta saja yang tak nampak kau anti dengan dia, Ji.”

“Is it that obvious?” Kali ini dia mengubah posisi dan berlaga pandang dengan Yixing yang sedang mengemas peralatan-peralatan di atas meja.

Yixing ketawa hambar tanda dia tak terkesan dengan nada sarkastik teman baiknya. “So?”

“Apanya?”

Kali ini Yixing berhenti mengemas dan membalas pandangan Jimin. Bibir diketapkan tanda geram.
Jimin ketawa kecil. Tahu benar Yixing sedang menahan geram dengan dia.

“I cant help it, Xing. Bila dia ada, aku rasa macam..entah. Geram, sakit hati semuanya bercampur baur dalam diri aku walaupun aku tak ada sebab untuk rasa macam tu.” Jimin akhirnya meluahkan rasa.

“Sebab kau cemburu?”

Cemburu? “Mungkin. Atau mungkin jua aku melampiaskan rasa marah pada ibu bapa aku pada dia.”

“Ri In tak bersalah, Ji. Be careful with your hatred.”

Jimin mengeluh kecil sebelum mengubah topik. “Jadi pukul berapa kita nak bertolak?”

Yixing jongket kening. Faham sangat apa tandanya bila Jimin ubah topik. “Kau balik dan siapkan apa-apa yang patut dulu. I’ll see you in two hours?”

“Alright.”


Bride Of The Alpha {11}

Posted by Snow_Queen at 8:40 PM 0 under spell Links to this post
Jimin tersenyum lebar apabila perjumpaanya dengan Suho bersama Luhan sebentar tadi membuahkan hasil. Itu pun cukup payah untuk dia menyakinkan Suho dia tak akan campur tangan dalam bab-bab penyiasatan melainkan hanya membantu Yixing dan Madam Kang mencari penawar. Setelah hampir setengah jam berlawan pandang dan bertekak dengan Suho, akhirnya kemenangan berpihak kepada dirinya.

“Kau jangan sengih lebih-lebih boleh tak?”

Jimin menjulingkan mata apabila Yixing menyiku lembut lengannya dan dia memperkemaskan pegangannya pada bakul rotan tertutup yang mengandungi beberapa ramuan penting untuk digunakan Yixing dan Madam Kang nanti.

“Kenapa? Kau takut jatuh cinta pada aku ke?”

Yixing tersenyum sinis. “Kalau tengok sengih kau macam ni bukan buatkan aku jatuh cinta tapi buatkan aku nak hantar kau ke wad mental hujung Bandar ni ha.”

“Kurang ajar!”

Yixing ketawa geli hati apabila Jimin cuba untuk menyepak kakinya namun lekas dia mengingatkan Jimin untuk tidak berbuat demikian. Bimbang ramuan dalam tangan Jimin jatuh ke tanah.
Jimin sengaja menarik muka tanda protes namun air mukanya berubah dingin apabila dia terserempak dengan tiga orang yang cuba untuk di elak sepanjang minggu ini. Bibir bawahnya digigit lembut apabila Jongin menyapa Yixing.

Lekas dia melarikan pandangan ke arah lain apabila renungan Jongin singgah pada wajahnya untuk beberapa saat. Terdetik juga di hatinya apa yang di buat oleh Jongin, Chanyeol dan Ri In di sini sekaligus menimbulkan rasa tak enak dalam dirinya.

“Jumpa malam ni.”

Dia menarik nafas lega apabila Yixing segera meminta diri. Aduhai! Harus dia fikir strategi baru untuk mengelakkan diri sepanjang tiga sekawan itu berada di sini. Menyusahkan betul, getus hatinya.

“Kau gaduh lagi ke dengan Jongin?”

Kening terjongket sedikit apabila Yixing dengan tiba-tiba menembak dia dengan soalan berkenaan. “Dah kenapa aku nak gaduh dengan dia?”

Yixing ketawa kecil. “Kau dengan dia kan macam anjing dan kucing. Pantang bertemu muka. Malam ni jadi kan?”

Jimin berdecit tanda tak puas hati sebelum wajahnya berubah ke riak hairan. “Apa yang jadi?”

“Lah..Kau tak dengar ke tadi? Aku dah janji nak makan malam dengan Jongin, Chanyeol dan kawan perempuan mereka tadi. Aku cakap kau pun akan ikut sekali.”

“Xing!” Kali ini Jimin dengan sengaja menumbuk bahu  lelaki di sebelahnya tanpa menghiraukan erangan kecil Yixing. Memang sengaja dia menumbuk bahu lelaki itu dengan kuat.

“Kau nak seksa aku ke? Aku tak nak tengok muka dia orang selama aku bercuti di sini. Cukup-cukuplah aku tengok mereka hari-hari dekat sekolah.” Dia sambung dengan nada menjengkelkan.

“Kau jangan benci mereka sangat, Ji. Nanti jatuh sayang, aku orang pertama yang akan gelakkan kau.” Yixing melangkah masuk ke dalam Raven, rumah sakit khas yang hanya dapat dimasuki oleh ahli council sebelum melangkah seiringan dengan Jimin ke arah sebuah bilik khas di mana dia dan Madam Kang cuba menghasilkan pelbagai gabungan ubat untuk mencari penawar bagi mangsa-mangsa serangan ‘arc’. Mereka menggelarkan mangsa-mangsa terbaring kaku itu sedemikian kerana keadaan mereka tak ubah seperti mayat hidup.

Jimin menjeling tajam ke arah Yixing sebelum meletakkan ramuan yang dibawa tadi ke atas meja. “Oh, you’ve got some sense of humour.” Dia buat-buat ketawa sebelum melabuhkan duduk di atas  sebuah kerusi kosong bersedia untuk memulakan kerjanya.

Hari ini, dia akan membantu Yixing untuk mengenal pasti beberapa ramuan untuk menghasilkan formula baru. Sungguh ini bukan bidangnya namun dengan panduan yang di beri oleh Yixing, dia berharap dia dapat membantu lelaki itu walaupun sedikit.


“Xing?” Jimin berpaling apabila melihat ke arah Yixing yang sedang tekun menghiris sesuatu di atas meja. Dia tahu kepantangan bagi Yixing untuk berbual apabila lelaki itu sedang berkerja. Akan tetapi dia mulai bosan apabila terperap di dalam bilik khas ini selama enam jam tanpa rehat.

Senyuman nipis terukir di bibir Yixing apabila mendengar nada suara Jimin. “Bosan?”

Jimin senyum senget. Pertama kali Yixing buka mulut menyahut panggilannya sedangkan tadi lelaki itu membiarkan dia membebel keseorangan.

“You have no idea! Aku dah nak masuk fasa menyesal ni.”

Kali ini Yixing ketawa menampakkan giginya yang tersusun cantik namun mata dan tangannya masih lagi focus dengan kerja di hadapannya. “Siapa suruh kau gatal cadangkan diri sendiri untuk tolong aku dan Madam? Orang yang punya tahap kesabaran tinggi je boleh buat kerja-kerja ni.”

“Sebab tu aku dalam ‘field team’, Xing. Aku tak suka kerja dalam ruangan tertutup.”

“Ya, aku tahu.” Yixing menegakkan badan apabila dia selesai masukkan campuran herba ke dalam larutan cecair berwarna coklat pekat. Fokusnya kini terarah kepada Jimin yang sudah selesai dengan tugasnya.

“Kalau kau dah selesai, apa kata kau tolong Madam dekat luar? Atau kau nak balik dulu?”

Jimin memikirkan cadangan Yixing beberapa saat sebelum melompat bangun dari duduknya. “Aku balik dulu la macam tu. Jumpa kau esok!”

“Eh, malam ni macam mana?” Yixing menyoal.


“Aku tak cakap pun aku setuju nak makan dengan dia orang. Aku ada hal. Bye!” Laju saja Jimin melangkah keluar daripada bilik uji kaji menuju ke pintu keluar. Cadangnya mahu singgah ke library council sebelum pulang ke kediaman milik Luhan.

Monday, January 1, 2018

Welcome 2018!

Posted by Snow_Queen at 10:37 PM 5 under spell Links to this post
Hai,

Happy New Year guys! Walaupun lambat berbelas jam but it's the thought that count right? ehe.
So stay healthy and I pray this new year will bring more happiness to each one of us and thank you very much for those who still visit this blog even though I rarely drop by since I've been busy with works and more 'me' time.

Hopefully I can be more active this year, insyaallah. Lets hope for the best since it's been awhile dan
mungkin penulisan pun dah berkarat.

Siapa yang masih setia visit blog ni, drop komen sikit :p

Saturday, July 22, 2017

Bride Of The Alpha {10}

Posted by Snow_Queen at 9:54 PM 4 under spell Links to this post
Jimin mengikut langkah Luhan menuju ke ruang utama kediaman. Sedikit sebanyak hatinya terusik dengan layanan Luhan yang selalu melindungi dirinya. Bagaikan seorang abang yang selalu mengambil berat perihal si adik.

“Mana Mi young?” Jimin memanjangkan leher melihat sekeliling. Terasa aneh apabila dia tidak mendengar suara Mi Young, isteri Luhan yang selalu kelihatan ceria tidak kira masa.

Luhan memberi beg galas Jimin kepada orang gaji yang kebetulan lalu dan memberi pesanan supaya menyiapkan bilik tetamu untuk Jimin sebelum dia pusing menghadap Jimin. “Aku hantar Mi Young balik rumah keluarga dia untuk beberapa hari.”

Keningnya hampir bertaut melihat riak wajah Luhan yang tiba-tiba sahaja berubah suram. Mulutnya ringan mahu bertanya dengan lebih lanjut namun terhenti apabila Luhan lekas menyuruh dia mandi dan bersiap untuk makan malam. Dia rindukan isteri dia kot, getus hati kecil Jimin sebelum berlalu pergi ke bilik tetamu.
-

Jimin mengambil tempat di sebelah Luhan yang sedang termenung jauh. Sengaja dia keluar untuk mengambil angin malam sementelah matanya masih degil untuk terus berjaga. Siapa sangka dia akan menemui Luhan yang sedang termenung jauh di laman.

“Hoi! Rindu buah hati ke?” Sengaja Jimin memandang Luhan dengan pandangan sinis hanya untuk menjerit kecil apabila Luhan mengetuk kepalanya perlahan.

“Serius la, Luhan. Kau kenapa? Dari petang tadi aku tengok muka kau semacam. Kau ada masalah ke?”

Luhan mendengus halus. Tahu tak mungkin dia akan dapat sorokkan benda daripada Jimin untuk tempoh masa lama. Dia berdehem kecil sebelum membuang pandang ke arah Jimin yang memandangnya dengan perasaan ingin tahu.

“Ada sesuatu yang berlaku di kawasan kita kebelakangan ni, Ji. Benda ni masih dalam siasatan.”

Keningnya hampir bertaut. Ringan sahaja mulutnya mahu memotong kata-kata Luhan namun akal warasnya memberi isyarat agar membenarkan Luhan untuk menghabiskan bicaranya terlebih dahulu.

“Jom ikut aku.”

“Kita nak ke mana?” Jimin menyoal namun pantas mengikut langkah Luhan yang sudah menuju ke pintu pagar utama.

“Kau akan tahu nanti.” Luhan memberikan jawapan pendek apabila Jimin berjaya menyaingi langkahnya.

Jimin memutuskan untuk berdiam diri dan mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan malam yang sudah lama tidak dilihat. Rumah-rumah berbentuk tradisional , bunga-bunga dan pokok yang ditanam di sepanjang jalan dihargai. Seolah-olah ini kali terakhir dia jejakkan kaki ke sini.

“How’s your family? Sekolah?” Luhan memutuskan untuk menyoal apabila mereka masing-masing mendiamkan diri hampir sepuluh minit.

Senyuman sinis terukir di bibir Jimin, “tak ada apa-apa yang menarik melainkan keluarga aku tak senang duduk semenjak kehadiran aku. Macamlah aku nak buat benda tak baik dekat mereka.”

“You seems to enjoy your life there. Good then.”

“Oh, please. Kalau ikutkan hati, aku nak menetap di sini saja dan berkhidmat dengan council sampai aku mati. Aku tak perlukan keluarga aku.” Jimin memeluk tubuh.

Luhan ketawa kecil. “Kau tahu tak, Ji? Kau bab-bab menipu memang fail tau. Sebab apa yang kau rasa akan terpancar dekat wajah kau.”

Jimin tersentak mendengarkan bicara Luhan namun cepat-cepat dia buat muka tak ada perasaan. “Okay. Mungkin aku terasa sikit la tapi kalau boleh aku memang tak mahu ada kaitan dengan keluarga Jung, Lu. Aku nak hidup sendiri seperti dulu. Dengan Tuan Hwang dan Dark. Aku bahagia macam tu.”

“Aku tak salahkan kau untuk rasa macam tu sebab kita ni sentiasa hidup dengan risiko. Dengar kata kau satu sekolah dengan Jongin? Aku bet kau orang berdua selalu bertekak?”

Jimin julingkan mata ke atas tanda menyampah. “Tahu tak apa. Rimas aku dengan mamat tu. Apa yang aku nak buat semua dia sibuk nak tahu. Like hello? Jaga hal sendiri-sendiri tak boleh ke?”

“Aku cakap dia sukakan kau, kau tak percaya-ouch!” Luhan menggosok lengannya yang terasa pedih akibat ditampar oleh Jimin.

“Jangan nak merepek boleh tak?”

Merah padam muka Jimin apabila diusik sebegitu dek Luhan. Dia memang positive tak ada perasaan pada Jongin. Walaupun mamat tu selalu menganggu ketenteraman dirinya.

“Jauh lagi ke tempat kau nak bawa aku pergi ni?” Jimin segera mengalih topik. Takut Luhan akan terus mengusik.

Luhan menggeleng kepala. Faham benar dengan taktik Jimin. Dia membawa Jimin ke sebuah rumah sakit yang hanya dapat dimasuki oleh ahli council.

Jimin mengerutkan dahinya apabila melihat beberapa figura terbaring kaku di atas katil yang tersedia di dalam sebuah bilik. “Apa yang berlaku, Lu?”

Riak wajah Jimin bertukar apabila melihat salah seorang orang terpenting council terbaring kaku. Perlahan dia melarikan jemarinya di pipi Tuan Hyu. Kulit lelaki tua berkenaan terasa kasar dan keras seperti kulit kayu. Segera dia memandang ke arah Luhan. Menagih jawapan.

“Aku tak pasti, Ji. Serangan ni berlaku dalam minggu ni. Tahu-tahu sahaja setiap pagi ada sahaja mangsa yang akan menjadi kaku sebegini. Yang pelik, kulit mereka bertukar menjadi kasar seolah-olah ianya,”

“Seperti sumpahan?” Jimin memotong kata-kata Luhan.

Luhan mengangguk perlahan mengiyakan kata-kata Jimin.

Jimin kembali menala pandangan pada mangsa-mangsa yang tak sedarkan diri. Seolah-olah kini memahami mengapa Luhan menghantar isterinya pulang ke pangkuan keluarga.

“Macam-macam cara yang kami dah buat untuk pulihkan mereka tapi tak ada satu pun yang berkesan. Madam Kang sendiri sudah habis ikhtiar untuk mengubati mereka semua. Dan Yixing masih mencuba untuk mencari formula-formula baru untuk digunakan Madam Kang.”

Jimin mendengus resah. Jika madam Kang yang handal itu pun boleh buntu, bermakna kes ini benar-benar serius. Matanya dilarikan segenap inci ke arah tubuh Tuan Hyu cuba untuk mencari klu.

“Ada minta tolong tabib Ang tak?”

“Dia tak ada di sini buat masa ni. Kami dah hantar orang untuk cari dia secepat mungkin. Mungkin akan ambil masa sedikit untuk jejaki dia. Kau bukan tak tahu orang tua tu suka ke sana ke sini bila nak beli ramuan ubat-ubatan dia.”

Kini giliran Luhan mengerutkan keningnya apabila melihat Jimin memeriksa setiap inci badan mangsa. “Jangan, Ji. Benda ni bahaya.”

Jimin tergelak kecil apabila mendengar kata-kata Luhan. Macam tahu-tahu sahaja apa yang dia sedang fikirkan. “Dan sejak bila pula hidup aku penuh dengan kedamaian, Lu? Kau dah lupa apa peranan aku dalam council?”

“Kau ada misi yang kau perlu utamakan, Ji. Kalau ikutkan hati aku, mahu sahaja aku hantar kau pulang ke rumah keluarga kau sekarang.”

“Okay, aku tak akan terlibat secara langsung dalam kes ni tapi aku akan cuba bantu sepanjang aku berada di sini hmm? Aku akan bantu Madam Kang saja. Deal?”

Luhan merenung wajah Jimin buat beberapa ketika sebelum mengangguk kepalanya sebagai tanda setuju meskipun dia berat hati untuk membenarkan Jimin membantu.

“Esok pagi kita jumpa, Suho. Jika dia benarkan kau terlibat, aku tak akan bantah.”


Jimin mengangguk dengan wajah ceria tanda setuju. Lagi pula tak akan dia mahu bersenang lenang di sini jika dia boleh sumbangkan tenaga untuk membantu.

Bride Of The Alpha {9}

Posted by Snow_Queen at 9:45 PM 0 under spell Links to this post
Senyuman kecil terukir di bibir sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di Croach. Sungguh perkampungan ini terasa seperti rumah baginya. Dan kini dia berdiri di hadapan pintu gerbang kediaman Tuan Hwang. Menghirup udara segar sepuas-puasnya.

“Kau dah balik.”

Jimin berpaling ke arah belakang hanya untuk bertemu mata dengan Suho. Jimin segera tunduk hormat sebelum dia kembali bertentang mata dengan jejaka di hadapannya.

“Aku hanya balik untuk seminggu sebelum kembali ke Bandar. Aku akan pergi ke Council kemudian dan serahkan laporan yang pihak council perlukan.”

Suho tersenyum nipis seraya menggelengkan kepala. “Kau nampak penat. Berehat dahulu dan serahkan laporan esok sahaja.”

Jimin mengukir senyuman kelat. Suho merupakan seorang ketua yang memahami dan mungkin itu merupakan sebab dia menyenangi jejaka di hadapannya. Namun di sebalik wajah yang selalu terukir senyuman manis itu, sesiapa pun akan terkejut jika mereka mengetahui peranan Suho di dalam council.

“Pergi masuk. Kita jumpa esok.”

Jimin memandang susuk tubuh Suho sehingga menghilang sebelum dia melangkah masuk ke dalam kediaman Tuan Hwang. Tempat dia di besarkan dan belajar pelbagai perkara. Ada rasa sakit yang menjalar di dada namun cepat dia menepis perasaan tidak enak itu.

Rumah Tuan Hwang yang dibina mengikut Korean traditional style nampak bersih seperti ada orang yang mendiami kediaman ini meskipun tiada siapa yang tinggal di sini melainkan Dark yang sekali sekala singgah.

Beg sandang berwarna hitam diletakkan di atas pangkin yang dibina di bawah pohon blossom flower sebelum dia merebahkan badan di atas pangkin. Langit biru ditenung lama dan entah bila dia terlelap.
-
Ri In menggigit bibir apabila mengetahui Jimin bakal menghabiskan cuti rehat yang diberi entah di mana. Ada sesuatu yang mahu dia tanyakan pada Jimin usai mereka keluar dari bilik pengetua semalam namun bibir kelu untuk memanggil nama Jimin melihatkan wajah tegang Jimin.

Dan cadangnya dia mahu bersarapan bersama Jimin pada hari ini untuk meluahkan rasa yang menghantui semenjak mereka keluar dari Broah Cave namun hampa apabila pembantu rumah memaklumkan Jimin sudah keluar dari kediaman Jung bersama bagasi kecil sebelum matahari naik.

Mereka diberitahu Jimin akan kembali apabila cuti berakhir dan hatinya terusik dengan rasa cemburu.
Masakan tidak dia punya perasaan begitu. Dia mahu buktikan pada Jimin dia bukan selemah yang disangka namun dapat dia melihat senyuman sinis Jimin apabila Puan Jung dan Tuan Jung menerpa ke arah dia untuk memeriksa jika ada sebarang kecederaan di tubuhnya sebaik mereka berdua jejakkan kaki ke dalam rumah sedangkan Jimin aman-aman saja mengundur diri ke biliknya.

Agaknya jika dia mahu bercuti ke mana-mana sudah pasti Tuan Jung akan hantar segerombolan pengawal peribadi mengiringya. Ri In tersentak apabila telefon bimbitnya bergetar di atas meja. Senyuman nipis lantas terukir apabila nama Jongin naik di screen.

“Hello.”

“Ada apa?” lantas dia bertanya hanya untuk mendengar tawa halus Jongin.

“Aku tak dapat hubungi Jimin. Dia…ada dengan kau tak?”

Sungguh Ri In tersentak tatkala mendengar soalan Jongin. Rasa gembira yang baru bertandang hancur lebur dibawa angin pagi. Sangkanya Jongin akan bertanya khabar seperti biasa sebelum mempelawa dia untuk keluar makan tengah hari bersama seperti selalu jika mereka mempunyai masa lapang. Dan untuk mendengar Jongin bertanya khabar mengenai orang lain melaluinya membuatkan perasaanya bercampur baur.

“Ri In?”

“Dia tak ada dengan aku. Aku tak tahu ke mana dia pergi tapi orang gaji beritahu Jimin keluar rumah dengan bagasi kecil awal pagi tadi.” Bibir diketap tanda tak puas hati namun rasa itu ditelan jauh ke dasar hati.

“Hmm, kalau macam tu tak apalah. Chanyeol ajak kita keluar makan tengah hari nanti. Aku datang ambil kau macam biasa eh?”

“Okay.” Sejurus memberi jawapan, dia segera memutuskan panggilan sebelum meletakkan telefon dengan kasar di atas meja. Keluhan kasar dilepaskan untuk mengurangkan rasa tak senang di dalam diri.

=
“Ji!”
Jimin mendengus keras apabila lenanya diganggu. Mahu tak mahu dia terpaksa bangkit apabila terasa sepasang tangan menampar perlahan pipinya.

“Lu.” Jimin menggumam perlahan apabila wajah Luhan menyapa pandangan sebaik mata dibuka. Dia menggeliat sedikit sebelum bangkit dari pembaringan. Buat sesaat, dia keliru melihat muka Luhan dan Yixing yang muncul. Namun fikiran warasnya kembali berfungsi apabila dia teringat bahawa dia kini berada di Croach bukan berada di kediaman Jung. Malam bakal menjelma tidak lama lagi. Entah berapa lama dia terlelap, dia sendiri tak pasti.

“Suho beritahu kau pulang ke mari untuk beberapa hari. Jadi kami datang untuk melihat kau.” Luhan melabuhkan punggung di sebelah Jimin manakala Yixing lebih senang berdiri memerhati kedua temannya.

Jimin mengukir sengih kecil. Ada- ada sahaja dua orang ini. “Aku bukannya jatuh sakit untuk kau orang datang melawat aku.”

“Luhan sebenarnya rindukan kau.” Yixing mengukir sengih, menayang barisan gigi putih yang tersusun rapi.

“The heck!” Luhan menghadiahkan Yixing jelingan tajam sebelum kembali menala pandangan pada Jimin yang sedang menyisir rambut menggunakan jemari. “Kau nak tinggal sini ke sepanjang kau di sini?”

Jimin menguak rambutnya yang panjang kebelakang sebelum dia melemparkan pandangan ke arah rumah Tuan Hwang yang kelihatan sunyi. “Ini rumah aku, Lu.”

“Aku tahu, Ji. Tapi apa kata kali ini kau bermalam di rumah aku? Sekurang-kurangnya kau tak kesunyian.” Luhan pantas bangkit dan mengambil beg galas Jimin.

“Xing…” Jimin memandang ke arah Yixing kali ini. Mahu temannya yang itu memihak kepadanya.
Yixing mengangkat bahu tanda malas mahu masuk campur sebelum membontoti langkah Luhan yang sudah melangkah keluar daripada kediaman keluarga Hwang.


Jimin membuang pandang ke arah kediaman dihadapannya sebelum bangkit dan mengikut jejak langkah Luhan dan Yixing. Mungkin kali ini ianya merupakan idea yang baik untuk tinggal di kediaman Lu buat beberapa hari sebelum dia kembali ke Bandar. 

Bride Of The Alpha {8}

Posted by Snow_Queen at 9:42 PM 0 under spell Links to this post
Tuan Jung merenung jauh barisan bunga baby breath yang ditanam isteri tercinta di kebun mini peribadi isterinya. Sungguh dia selalu dapat melupakan segala masalah yang menghimpit setiap kali dia di sini namun tidak kali ini.

Hati kecilnya gusar memikirkan Ri In bersama dengan Jimin di dalam hutan tebal yang jarang diterokai. Setiap saat dia terbayangkan berita buruk yang mendatang  mengenai Ri In. Bagaimana jika Jimin mengapa-apakan Ri In? Bagaimana jika Jimin sengaja berbuat khianat kepada anak gadis kesayangannya?

Ah! Bukan sengaja dia mahu menanam syak wasangka kepada Jimin sementelah Jimin juga merupakan darah dagingnya namun ada sesuatu mengenai  Jimin yang membuatkan dia tidak senang duduk. Logik juga dia mahu meragui kehadiran Jimin di dalam keluarganya setelah sekian lama. Entah apa rancangan anak gadis itu kembali ke sini setelah berbelas tahun berlalu.

Sehingga kini dia gagal menemui sebarang rekod buruk mengenai Jimin seolah-olah anak gadis itu baru dilahirkan semalam. Tiada seorang pun yang tahu kisah hidup Jimin bermula daripada Jimin diambil daripada keluarga mereka sehinggalah anak gadis itu berumur sembilan belas tahun.

“Jauh termenung?” Puan Jung meletakkan dulang minuman di atas meja kecil di antara kerusinya dan Tuan Jung. Dia menuang minuman panas di dalam cawan sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi.

“Awak tak rasa ke perangai Ri In sudah lain semenjak kebelakangan ni?”

Puan Jung mengerling ke arah suaminya. “Pelik macam mana?”

“Budak tu dah pandai minta yang bukan-bukan semenjak kehadiran Jimin dalam keluarga kita. Budak tu dah pandai mahu melawan kata-kata saya jika ianya melibatkan Jimin.” Tuan Jung mendengus kasar.

“Ri In tu sudah besar, Shim. Manalah budak tu tak rasa dikongkong kalau Jimin boleh berbuat sesuka hati tapi dia harus minta izin kita setiap kali dia mahu buat sesuatu.” Puan Jung bukan mahu membela anak-anaknya tapi dia sendiri dapat melihat bagaimana terkesannya Ri In dengan kehadiran Jimin di dalam keluarga mereka meskipun Jimin banyak menghabiskan masa sendiri dan jarang menyertai mereka sekeluarga.

Dia sendiri dapat melihat riak cemburu Ri In melihat Jimin bebas masuk dan keluar sesuka hati daripada kediaman mereka sedangkan Ri In harus mematuhi curfew yang dikenakan padanya semenjak daripada kecil.

“Semenjak bila awak pandai membela budak sumpahan tu?”

Puan Jung  mengeluh kecil mendengan nada suara suaminya yang sudah mula berubah. Pantang disebut nama Jimin senang sahaja darah suaminya naik.

“Saya bukan nak menangkan Jimin. Tapi anak-anak-“

“Anak kita hanya seorang sahaja.” Pantas Tuan Jung mencelah kata-kata isterinya dengan riak wajah yang tak senang.

“Anak kita sudah besar. Dia ada hati dan perasaan. Apabila dia lihat perbezaan layanan yang awak berikan pada Jimin sudah semestinya dia akan mula memberontak. Meskipun awak tak terima Jimin dalam keluarga kita tapi saya boleh lihat Ri In mencemburui kebebasan yang dimiliki oleh Jimin.” Kebebasan yang tak pernah kita berikan pada Ri In kerana ketakutan yang menghantui kita setiap hari. Tambah Puan Jung di dalam hati.

Tuan Jung tergelak sinis dengan bicara isterinya. “Merepek. Kita kenakan peraturan pada Ri In sebab kita sayangkan dia. Kita dah buat macam-macam untuk pastikan keselamatan dia terjaga. Saya tak peduli apa pun yang terjadi pada Jimin tapi saya tak akan berdiam diri jika sesuatu berlaku pada Ri In dan awak,” Tuan Jung berdiri daripada duduknya sebelum memandang tajam wajah isterinya, “jika ada apa-apa yang terjadi pada Ri In sebab awak membenarkan dia menyertai pertandingan bodoh tu kerana pujukan Jimin, saya akan pastikan Jimin menyesal.”

Puan Jung tersandar di dada kerusi sebaik sahaja suaminya melangkah masuk ke dalam rumah agam mereka. Pertama kali dia dapat lihat riak wajah Ri In penuh deng an kegembiraan sebaik sahaja dia memberi janji akan memujuk suaminya agar membiarkan Ri In menyertai pertandingan yang dianjurkan sekolah mereka. 

Meskipun jauh di sudut hati dia gusar untuk melepaskan Ri In pergi dibawah jagaan Jimin, dia memilih untuk mempercayai Jimin kali ini. Dan dia benar-benar berharap dia tak salah membuat keputusan untuk mempercayai Jimin.
--
Jimin melemparkan pandangan ke arah luar tingkap, menikmati pemandangan di luar. Pertandingan Heux sudah selesai dan sekali lagi nama Akademi Lucid Fall harum apabila mereka dinobatkan sebagai juara pertandingan meskipun terpaksa menghadapi detik-detik genting sebelum mereka berjaya menyelesaikan tugasan terakhir.

Namun pada kali ini, dia terpaksa menghadap setiap kebenaran yang dilihat dengan mata kepalanya sendiri. Apa yang dia nampak di Hay Border. Apa yang dia ketahui semasa mereka menyelesaikan tugasan di dalam Broah cave.

Dia pasti yang lain-lain perasan akan perubahan tingkah lakunya namun tak pula dia berniat untuk berkongsi apa-apa dengan yang lain-lain. Sungguh dia menarik nafas lega apabila pihak akademi membenarkan mereka berempat untuk berehat selama seminggu sebelum kembali meneruskan pengajian mereka. 

Dan peluang ini diambil oleh Jimin untuk pulang ke Croach, tempat dia membesar dan juga merupakan sebahagian pentadbiran Wilayah Roselle yang diketuai oleh Council.
Sebelum matahari terbit, dia sudah berdiri menunggu kereta api pertama pada pagi ini untuk kembali ke Croach meskipun sisa penat masih terasa.

“Adakah kau sedang cuba untuk melarikan diri?”

Matanya hanya memandang refleksi Dark di tingkap kaca. Tiada niat untuk berpaling memandang Black kerana dia tahu yang muncul hanyalah bayangan Dark. “Mungkin.”

“Dan kau tahu ia tak akan menyelesaikan apa-apa masalah bukan?”


“Aku penat, Dark.” Jimin menggumam kecil sebelum dia membetulkan kedudukan dan memejamkan mata. Mengharapkan Dark meninggalkan dia sendirian. 

Tuesday, May 2, 2017

Bride Of The Alpha {7}

Posted by Snow_Queen at 8:30 PM Links to this post
Chanyeol mengurut pelipis dan sesekali terlepas keluhan kecil menandakan dia penat. Entah apa yang terjadi tadi kerana sedar-sedar sahaja, Jongin dan Ri In sudah berdiri dihadapannya. Terdapat kecederaan kecil pada keduanya namun ianya tidak akan mengambil masa yang lama untuk mereka berdua sembuh.

Kedua belah matanya dipejam rapat, membiarkan angin malam menyapa tubuh. Minda cuba mencungkil kembali apa yang terjadi selepas dia mencekak kolar baju Jimin namun hampa kerana apa yang muncul hanyalah bayangan kosong. Mengapa dia tak boleh ingat apa-apa pun?
Melihat raut wajah Jimin yang bersahaja, dia membuat kesimpulan bahawa tiada apa yang terjadi antara mereka berdua dan yang menjadi tanda tanya mengapa Jimin tidak mengungkit hal antara mereka selepas itu? Adakah dia hanya bermimpi?

“Dah tidur?”

Chanyeol tersenyum nipis apabila suara lembut menyapa halwa telinga. Tanpa membuka mata pun dia sudah dapat mengagak siapa yang baring di sebelah.

“Kepala kau masih sakit lagi?”

Chanyeol ketawa kecil sebelum dia mengalih kedudukan badan menghadap Ri In. Kelopak mata dibuka dan raut wajah Ri In yang kepenatan ditenung lama. “Tidur la mak cik. Kau pun mesti penat.”

Ri In ketawa kecil. Ketawa yang setakat bergema di halkum. Mereka berempat sudah memutuskan untuk mengundi siapa yang akan berjaga dan siapa yang akan berehat dahulu sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Dan dia beserta Chanyeol terpilih untuk berehat dahulu.

“Ada apa-apa yang terjadi antara kau dan Jimin ke?” Sengaja Ri In mengalih topik. Cuba untuk tidak memikirkan apa yang sedang Jongin dan Jimin buat di luar sana. Entahkan dia dapat tidur atau tidak malam ini.

Meskipun Jimin bukan pesaingnya entah mengapa kehadiran Jimin di sisi Jongin merupakan satu ancaman buatnya. Dan yang membuatkan dia tak bertambah selesa ialah apabila Jongin kelihatan selesa dengan kehadiran Jimin di antara mereka sedangkan Jongin selalunya susah untuk menerima kehadiran orang luar dalam hidupnya. Mungkinkah kerana Jimin merupakan kakaknya?

“Tak ada. Kenapa kau tanya?” Chanyeol memejam kembali kelopak mata. Enggan membiarkan Ri In melihat penipuan yang baru sahaja dia ucapkan.

Ri In menggeleng perlahan. “Tak ada apa. Saja tanya.” Dia akhirnya memutuskan untuk berhenti menyoal meskipun keadaan Chanyeol kelihatan pelik sebaik sahaja dia dan Jongin mendapatkan Jimin dan Chanyeol yang menanti mereka di bawah pohon oak, tempat persembunyian keduanya.
Chanyeol kelihatan terpinga-pinga memandang ke arahnya dan Jongin. Seolah-olah jejaka itu baru sahaja terjaga daripada lena yang panjang dan wajah Jimin kelihatan sedikit pucat. Dia pasti ada sesuatu yang terjadi antara keduanya. 

Namun memandangkan terdapat tanda kehadiran penjaga temple yang lain, segera mereka berempat beredar dari kawacan temple berkenaan.

Melihatkan Chanyeol yang seolah sudah masuk ke alam mimpi, Ri In memutuskan untuk mengikut jejak langkah sahabatnya itu. Lagi pula dia tak mahu menjadi beban kepada ahli kumpulannya yang lain apabila dia kurang rehat.
-
Jimin menghampiri Jongin yang duduk menghadap sungai sebelum dia melabuhkan punggung di sebelah jejaka berkenaan. Cardigan berwarna kelabu ditarik rapat ke tubuh badan apabila angin malam menyapa.

“Kau okay?” Satu soalan yang dia rasakan agak janggal untuk ditanya. Sungguh pecah rekod bagi dia untuk bertanyakan soalan itu pada Jongin. Kedua belah kakinya dilunjur lurus untuk merenggangkan sendi dan urat. Sehari suntuk berjalan dan menggunakan tenaganya menyebabkan dia berasa letih.

Bibir Jongin tersungging ke atas. Air berkocak apabila dia dengan sengaja melontarkan beberapa ketul batu kecil. Cukup cahaya bulan menerangi kawasan mereka berdua tatkala ini.

“Kelakar kan? Selama ni apa yang selalu keluar dari mulut kau untuk aku hanyalah sindiran. Ni kes nak bodek aku ke apa?” Jongin mengalihkan pandangan kepada wajah Jimin yang tak beriak memandang sungai kecil di hadapan mereka.

Jimin julingkan mata ke atas tanda meluat. Menyesal nak buat baik dengan jejaka di sebelahnya. “Mungkin. Nah.” Jimin menarik keluar kain yang sudah dibalut dengan beberapa herba yang dicari di sekeliling tempat mereka berteduh tadi daripada poket cardiganya sebelum dia hulur ke arah Jongin.

“Apa ni?” Kening sebelah kanan terjongket ke atas. Dalam hati terdetik juga rasa ragu untuk menerima kain yang dihulur Jimin.

“Untuk tangan kau. Aku perasan yang kau asyik sorok telapak tangan kiri kau semenjak kau keluar dari Livid Temple tadi. Kau pegang silver goblet tu dengan tangan kau tanpa apa-apa alas kan?”

Jongin tayang sengih kecil. Sedikit kagum dengan Jimin yang sempat menjaga hal tepi kain orang lain dalam waktu genting tadi. “Tak ada apalah. Sikit je ni.”

Jimin julingkan mata sebelum dia dengan selamba mengubah tempat duduk daripada belah kanan Jongin ke sebelah kiri lelaki itu. Lengan Jongin direntap sedikit kasar sebelum dia balut telapak tangan jejaka berkenaan dengan kain dalam pegangannya.

“Sikit tak sikit, bisa benda alah tu boleh tahan juga. Kalau kau biarkan, ia akan makan daging kau sehingga ke tulang. Balik nanti kau kena dapatkan rawatan yang sepatutnya. Aku cuma boleh hentikan bisa tu buat sementara waktu sahaja.”

Jongin menelan liur. Membiarkan sahaja Jimin membebel sambil merawat tangannya. Segera dia menarik kembali tangannya sebaik sahaja Jimin selesai mengikat kain berkenaan. Ucapan terima kasih disebut perlahan sebelum dia berdehem kecil.

“Apa riddle kedua yang diberi?” Jimin menyoal selepas beberapa ketika mereka berdua menyepi. Masih ada dua jam sebelum mereka berdua bertukar tempat dengan Chanyeol dan Ri In.

“You saw me where I never was and where I could not be. And yet within that very place, my face you often see. What am I?” Jongin mengulang kembali riddle yang dia dengari semasa dia berada di dalam Livid Temple sebaik sahaja dia berjaya mendapatkan silver goblet yang di atasnya terdapat nyalaan api berwarna kuning. Dan Ri In menggunakan kebolehanya untuk membekukan api berkenaan sebelum mereka keluar dari kuil suci itu.

Jimin mengecilkan mata. Memerhatikan refleksi bayangan bulan mengambang yang muncul di atas permukaan air. Cuba untuk mengaitkan setiap riddle yang diberi.

“Ada klu lain?”

“Silver goblet tu ada ukiran perkataan Broah.” Jongin menggumam perlahan kali ini namun matanya masih tak lepas memerhatikan tingkah laku Jimin.

“Broah?” Jimin mengerutkan kening. Tidak pernah pula dia mendengar perkataan tu. Adakah ianya merupakan nama tempat?

“Kita ada masa beberapa jam lagi untuk mencari jawapan. Aku harus pergi sebelum matahari naik.” Jimin bangun dari duduknya dan menepuk belakang seluarnya untuk menghilangkan debu-debu yang mungkin melekat pada pakaiannya.

“Pastikan kau kembali sebelum tengah hari. Aku akan tinggalkan jejak untuk kau.” Jongin seperti biasa memberi syarat pada Jimin meskipun dia berasa berat untuk membiarkan gadis itu seorang diri.


“Aku bukan budak-budak lagi, Jongin.” Jimin berlalu pergi untuk rehat seketika sebelum dia kembali ke Hay border.

Bride Of The Alpha {6}

Posted by Snow_Queen at 8:22 PM 0 under spell
“Kau orang dah tahu jawapan kepada riddle yang diberi?” Jimin menyoal sebaik sahaja mereka berhenti dan bertukar kepada human form masing-masing. Jarak antara mereka dengan Livid Temple sudah tidak jauh dan setakat ini mereka juga berjaya mengelak daripada bertembung dengan mana-mana kumpulan lain.

“Beri aku satu sebab kenapa kami kena percaya kata-kata kau. Kenapa Livid Temple?” Chanyeol menyoal dengan nada mendatar. Hatinya masih penuh dengan syak wasangka pada Jimin. Meskipun Jimin merupakan ahli keluarga Jung, namun baginya Jimin masih merupakan orang asing. Pada hematnya Jimin boleh mengkhianati mereka pada bila-bila masa sahaja.

Ketawa kecil bergema setakat di halkum. Tanda mengejek jejaka tinggi di hadapannya. “Jangan cakap kau menyertai pertandingan ini tanpa persiapan rapi. Benda basic kot kalau seseorang tu mengkaji kawasan asing yang tak pernah mereka pergi. Atau kau hanya buta-buta serah tengkuk kau pada nasib?”

Chanyeol menjulingkan mata tanda tak puas hati dengan jawapan Jimin namun sebelum sempat dia bersuara Ri In terlebih dahulu memotong bicaranya.

“Api. Jawapan kepada riddle yang diberi, api.” Ri In bersuara untuk mengelakkan perbalahan antara Jimin dan Chanyeol. Kalau dibiarkan mahu bertumbuk dua ekor ni kerana dia tahu Jimin juga boleh tahan barannya.

Thanks lord! Akhirnya ada juga yang gunakan otak dalam kumpulan ni. Jadi mengikut sejarah apa yang ada dalam Livid Temple? Dan kalau kau orang tak tidur dalam kelas sejarah, sudah tentu kau orang tahu Livid Temple dikawal rapi oleh Minotaur.” Jimin memandang satu-satu wajah di hadapannya. Mahu melihat reaksi masing-masing.

Jongin memeluk tubuh. Akalnya laju cuba merangka strategi kerana semua sedia maklum kekuatan Minotaur bukan sebarangan.  Penjaga kuil suci itu mempunyai kekuatan bersamaan dengan seratus ekor gajah. Tersilap langkah, maut yang bakal menjemput. “Kita harus berpecah kepada dua kumpulan. Dua daripada kita akan masuk ke dalam kawasan temple dan dua lagi akan bertindak sebagai distraction kepada Minotaur.”

“Aku setuju.” Chanyeol mengangguk dengan cadangan Jongin.

“Cadangan yang bagus! Jadi boleh aku cadangkan Jongin dan puteri kita masuk ke dalam Livid temple? Aku dan Chanyeol akan jadi umpan.” Jimin bersuara memberi cadangan tanpa rasa bersalah.
Chanyeol mengerutkan kening. Sebelum sempat dia membantah, Jongin pula memotong bicaranya kali ini. “Kenapa?”

“Sebab aku ada satu idea yang bagus namun tak sesuai untuk kau orang berdua. Chanyeol merupakan pilihan paling sesuai untuk aku gunakan kali ini. Jadi kalau tak ada sebarang bantahan, kita boleh bergerak sekarang.” Jimin mengorak langkah menuju ke arah kanannya tanpa menanti sebarang balasan daripada yang lain.

“Woi! Aku tak cakap pun aku setuju. Gila betul perempuan ni.” Chanyeol mengomel namun kakinya lekas mengikuti jejak Jimin meninggalkan Jongin dan Ri In saling berpandangan sebelum masing-masing membontoti langkah Chanyeol dan Jimin.
-
Dia dan Chanyeol kini sedang bersembunyi di atas pohon oak yang berkemungkinan sudah mencecah usia ratusan tahun. Dedaun yang rimbun membolehkan mereka bersembunyi buat sementara waktu sambil memerhatikan Jongin dan Ri In sedang menunggu peluang untuk masuk ke dalam Livid Temple di bawah sana.

Matanya kemudian beralih ke arah Minotaur yang sedang bertarung dengan beberapa orang peserta daripada kumpulan lain. Satu peluang yang bagus buat kumpulannya. Buat masa sekarang, jika boleh dia ingin elak daripada gunakan tenaga mereka semua sepenuhnya. Masih ada dua lagi tugasan yang menanti dan apa pun boleh terjadi dalam tempoh masa tiga hari.

“Kalau kau ada dua pilihan sama ada membunuh atau terbunuh, yang mana satu kau akan pilih?”
Chanyeol tala pandangan ke arah Jimin yang tiba-tiba sahaja bersuara. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia buat tak tahu dengan Jimin dan sertai Jongin namun melihatkan air muka Jongin yang tegas mahukan dia ikut saja rancangan Jimin, dia terpaksa mengalah. “Kau jangan ingat kita berdua boleh berkawan biarpun Jongin berlembut dengan kau. Aku bukan dia.”

Jimin ketawa kecil sebelum bersuara tanpa memandang Chanyeol di sebelah. “Aku pun tak minta  untuk jadi kawan kau. Aku ada agenda aku yang tersendiri di sini tapi itu tak bermakna aku harus abaikan pertandingan ini. Ini pertama kali Ri In menyertai pertandingan yang melibatkan ketahanan fizikal jadi sekurang-kurangnya aku harus berikan dia pengalaman terindah mengenai asam garam kehidupan yang tak pernah dia rasa sebelum ni.”

“Kau tak anggap Ri In sebagai ahli keluarga kau bukan? Dan mungkin juga kau tak akan terima dia sebagai ahli keluarga kau.”

Kali ini Jimin melirikkan pandangan ke arah Chanyeol. Bibir tersungging senyuman sinis. “Sekurang-kurangnya aku tak hipokrit. Kau sukakan Ri In tapi dalam masa yang sama-uf”
Jimin tersentak apabila Chanyeol tiba-tiba sahaja mencekak kolar bajunya menyebabkan dia terdorong ke hadapan dan kini pandangan mereka saling bertentang.

“Jangan nak reka cerita bukan-bukan.” Chanyeol menggetap gigi tanda menahan geram.

“Aku tak peduli dengan apa pun yang kau fikir yang penting…” Jimin menepuk bahu jejaka di hadapannya dua kali sebelum Chanyeol melepaskan kolar bajunya. “Yang penting aku boleh gunakan kau. Sebab tu orang tua-tua kata jangan cepat sangat emotional.”

Jimin berdehem perlahan sebelum dia kembali menumpukan perhatian kepada Minotaur di bawah sana. Kelibat Jongin dan Ri In tidak dapat dikesan. Berkemungkinan besar keduanya sudah masuk ke dalam dan dia harus membeli masa buat keduanya untuk mencari harta yang perlu mereka cari.

Lets have fun now shall we?”  Jimin bangun dari posisinya sebelum dia berdiri di belakang Chanyeol. Kedua belah telapak tangannya diletakkan di bahagian kiri dan kanan pelipis jejaka itu.
Mulutnya mula terkumat-kamit membaca beberapa baris jampi. 

Untuk menentang Minotaur memerlukan masa yang agak panjang jika hanya bergantung pada kekuatannya yang tak seberapa jadi dia hanya akan menggunakan Chanyeol untuk mengawal beberapa orang peserta di bawah sana untuk menjadi puppetnya dan dalam masa yang sama menghalang peserta lain yang cuba untuk masuk ke dalam temple berkenaan. Bibirnya tersungging dengan senyuman kecil apabila dia dapat memukau kesemua peserta di bawah sana melalui Chanyeol.

Setiap werewolf mempunyai keistimewaan masing-masing dan mind control adalah keistimewaan Chanyeol. Sudah pasti dia boleh sahaja menyuruh lelaki itu untuk menggunakan kuasanya dalam keadaan sedar namun dia juga tahu Chanyeol sudah pasti akan menolak cadangannya mentah-mentah. Lelaki itu ada sejarahnya yang tersendiri yang menyebabkan dia enggan untuk menggunakan kuasanya yang itu.

Dia tiada pilihan melainkan untuk memukau Chanyeol dan menggunakan kuasa lelaki itu kerana dia sendiri tidak cukup kuat untuk mengawal beberapa orang dalam masa yang sama melainkan jika dia mempunyai asas yang kuat dalam mind control atau jika dia dilahirkan dengan keistimewaan itu.

“Aku tahu kau cuba untuk tidak mengotorkan tangan kau dengan darah lagi, Park Chanyeol tapi maaf. Aku tak ada pilihan lain selain menggunakan kau.” Jimin berbisik perlahan sebelum membuatkan empat daripada enam peserta yang sedang bertarung dibawah menyerang Minotaur serentak manakala dua orang lagi dia gunakan untuk menghalang peserta yang lain daripada memasuki Livid temple.


“Lima minit. Kau orang berdua hanya ada masa selama lima minit sebelum Minotaur mula menyeru penjaga kuil yang lain.”

Sunday, January 29, 2017

Bride Of The Alpha {5}

Posted by Snow_Queen at 11:09 PM 1 under spell Links to this post
Hari sudah senja apabila mereka berdua tiba di Hay Border. Jimin mengelongsor turun dari badan Dark sebelum dia mencangkung di sebalik semak bersama dengan serigala berwarna hitam itu. 

Matanya dipicingkan memerhatikan beberapa kelibat yang mengawal pintu masuk sempadan antara dua kerajaan.


Sangkaanya tepat bahawa jalan belakang Hay border  tidak dikawal dengan begitu rapi namun dia tahu dia juga tak boleh terpedaya dengan apa yang dilihat sekarang. Vampyre merupakan makhluk paling licik yang pernah dikenali dan dia pasti mungkin ada perangkap yang sudah dipasang dimana-mana.

“Bukan senang kau nak menyelinap masuk, Ji.”

Jimin berpaling ke arah Dark yang kini santai duduk di atas tanah. Dia mendengus kecil, mengakui kebenaran kata-kata Dark.

“Mungkin kau kena minta bantuan Jongin.” Dark menyambung.

Hell no!” Jimin mengawal nada suaranya namun memastikan ia kedengaran tegas. Ini adalah tugasan yang diamanahkan padanya. Mengapa pula dia harus meminta bantuan Jongin?

Dark ketawa kecil. “Kau tak boleh masuk hay border hari ini. Ingat, malam adalah kegelapan dan kegelapan adalah kekuatan mereka. Dan tugasan pertama kau untuk pertandingan Heux akan bermula pada bila-bila masa sahaja. Mereka memerlukan kau, Jimin.”

“Tanpa aku pun, mereka boleh selesaikan tugasan pertama-“

Minotaur. Kau rasa mereka boleh berhadapan dengan benda alah tu jika mereka hanya bertiga?” Dark mencelah tanpa membenarkan Jimin menghabiskan bicara.

“Mana kau tahu mengenai tugasan pertama?” Jimin memicingkan pandangan ke arah Dark. 
Sedangkan tiada mana-mana pasukan pun yang tahu mengenai cabaran yang mereka bakal hadapi sehinggalah mereka tiba di destinasi apabila mereka berjaya menjawab riddle yang diberi, bagaimana Dark tahu mengenai cabaran pertama mereka?

Dark perlahan-lahan bangkit dan memberi isyarat pada Jimin untuk segera memanjat belakangnya. “Adalah. Yang penting kau harus tolong mereka untuk menentang Minotaur dan masuk ke dalam Livid Temple. Masih ingat lagi riddle yang diberi?”

No legs have I to dance, no lungs have I to breathe, no live have I to live or die and yet I do all three. What am I?” Jimin menggumam perlahan riddle yang diberi. Seperti tadi, dia melingkarkan tangannya memeluk tengkuk Dark.

“Ingat, tak semestinya riddle yang diberi adalah benda yang perlu kau cari atau jawab. Mungkin itu hanyalah satu distraction untuk menghalang kau jumpa benda yang perlu kau cari sebenarnya.”
-
Chanyeol mengambil tempat di sebelah Jongin. Unggun api kecil dinyalakan awal tadi untuk memasak makan malam mereka. Selepas itu, mereka harus menghapuskan segala jejak sebelum berpindah ke tempat lain. Ini untuk mengelakkan daripada mana-mana kumpulan menjejakki kedudukan mereka. Jika mereka bertembung dengan mana-mana kumpulan, mereka perlu bertarung untk mengurangkan persaingan ataupun mereka akan berkerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dan kebanyakkan mereka akan memilih pilihan yang pertama.

“Kau okay?” Chanyeol menyiku lengan Jongin apabila lelaki disebelahnya kelihatan ralit sedari tadi. Ri In sedang membersihkan diri dan ini adalah peluangnya untuk bercakap sendirian dengan Jong In.

Jongin tersenyum nipis sebelum mengangguk. Namun dia tahu sebenarnya dia risaukan keselamatan Jimin meskipun dia tahu dia tak perlu berbuat demikian. Sementelah Jimin hanya menyertai mereka hanya untuk memenuhi misi yang diberi. Mungkin dia risaukan keselamatan Jimin kerana dia adalah ketua dan atas rasa tanggungjawab, dia harus memastikan keselamatan anak-anak buahnya.

“Kau risaukan Jimin?” Chanyeol sengaja menyoal lagi untuk memancing reaksi Jongin dan seperti yang dia jangka, Jongin merenung tajam ke arahnya sebaik sahaja dia menembak jejaka berkenaan dengan soalan berkenaan. Dan mungkin sebenarnya dia ingin tahu apa yang dibincangkan Jongin dan Jimin sebelum mereka berpisah siang tadi. Anehnya, dia dan Ri In masing-masing tidak dapat mendengar butir bicara antara Jongin dan Jimin.

“Sebenarnya aku lebih takutkan Tuan Jung. Mati aku kena siku dengan orang tua tu kalau ada apa-apa terjadi pada anak dara dia.” Sengaja Jongin cuba untuk berjenaka.

Chanyeol tergelak sinis. Tahu benar yang Jongin cuba untuk mengubah topik. Malam sudah lama melabuhkan tirai namun bayang Jimin masih tak kelihatan. Dan mereka harus bergerak sebelum tengah malam ke destinasi seterusnya.

“Aku rasa kita kena gerak sekarang.” Ri In muncul dari sebalik denai usai siap berpakaian, 
“kemungkinan besar ada kumpulan lain yang sedang menuju ke arah kita.” Ri In menyambung bicara.

Sebuah keluhan kecil dilepaskan Jongin. Berkemungkinan besar dia harus lepaskan Chanyeol dan Jimin pergi dahulu sementara dia patah balik untuk menjejaki Jimin. Namun pilihan yang diambil ada risiko tersendiri.

“Jongin?” Chanyeol membuang pandang ke arah Jongin yang kelihatan berada di dalam dunia sendiri.

“Kau orang jalan dulu. Aku akan ikut kemudian.”

“Apa maksud kau?” Ri In mengerutkan kening. Raut risau jelas terukir di wajah.

“Aku akan jejaki Jimin dan-“

“Biar aku pergi.” Chanyeol memotong butir bicara Jongin.

“Hah?” Jongin memandang wajah Chanyeol dengan riak wajah kosong.

Chanyeol mengeluh kecil. Tidak dapatkah Jongin melihat Ri In yang terang-terangan risaukan lelaki itu? Sekali imbas pun dia dapat mengesan riak cemburu Ri In meskipun ianya sekilas lalu.

“Kau jaga Ri In. Aku akan jejaki Jimin dan ikut kau orang dari belakang.”

Sorry lambat.” Jimin tayang riak tak bersalah. Manakala kedua tangannya sibuk mengibas baju dan seluar yang barangkali terlekat daun-daun kering. Kurang asam betul si Dark tadi. Sengaja melintas denai yang sempit menyebabkan pipi dan tangannya calar balar terkena ranting-ranting kayu.

“Kau dengan siapa tadi?” Chanyeol menyoal tanpa perasaan apabila dengan jelas dia dapat bau scent seseorang pada Jimin meskipun gadis itu berdiri jauh dari dia. Hatinya disapa perasaan tak enak memikirkan kemungkinan Jimin ada agenda tersembunyi.

Jimin melangkah ke arah kumpulan di hadapannya tanpa perasaan. Dia lantas memadam unggun api dihadapannya dengan pantas. “Aku nak cerita tapi ada kumpulan lain semakin menghampiri. Dan aku tak mahu kita habiskan tenaga kita untuk menentang musuh yang bukan lawan kita. Jadi boleh kita bergerak sekarang?”

Usai berkata demikian, Jimin segera meraduk semak di hadapannya sebelum bertukar menjadi werewolf. Dengan fur berwarna oren kemerah-merahan, dia lantas berlari laju menuju ke arah Livid Temple. Sengaja dia mendahului yang lain-lain untuk mengurangkan soalan-soalan yang bakal ditanya sama ada oleh Jongin, Chanyeol dan juga mungkin Ri In.

Yang pasti sekarang, mereka harus berhenti dahulu di mana-mana dan merangka strategi untuk menentang Minotaur!


 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review